Friday 11 January 2013

HAJI HADI TIDAK JUJUR KEPADA LIM GUAN ENG, KARPAL SINGH???

Salam untuk semua....



Apabila menandatangani buku jingga, maka telah gugurkah AMANAT KE 2 HAJI HADI iaitu “Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja dia boleh jadi rakyat tetapi dia boleh jadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin tetapi hak bagi bukan Islam dalam Negara Islam boleh diizinkan untuk menjadi rakyat tetapi tidak boleh jadi pemerintah”???

Buat masa ini sedang hangat dipasaran Blog dan facebook cerita tentang amanat HAJI HADI yang Pertama yang telah menyebabkan berlakunya solat dua imam, anak menderhaka kepada anaknya, tidak makan sembelihan orang UMNO, pendek kata amanat pertama telah menyebabkan perpecahan ummat ISLAM di negara ini. Segalanya kerana amanat HAJI HADI.

Amanat yang pertama ini nampaknya telah menenggelamkan amanat ke2 yang tidak memberi hak kepada bukan islam menjadi pemerintah.

Kita tidak tahu samaada orang-orang bukan Islam menyedari atau tidak penegasan Haji Hadi yang jelas dan nyata meletakkan taraf orang bukan Islam hanya sebagai rakyat sahaja dalam negara ini.

Persoalannya, bila Pas bersama pakatan menujuPutrajaya, bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam yang menurutPresiden Pas itu hanya layak menjadi rakayt biasa sahaja bukan pemerintah.

untuk mengetahui berita lanjut sila klik di sini 

No comments:

Post a Comment