Thursday 17 January 2013

KAFIRKAH AKU??? VS AMANAT HAJI HADI :ANTARA FITNAH DAN FAKTA

Salam buat semua...



Buku Kafirkah aku? tulisan CN Al-Afghani telah mengupas apa yang telah berlaku sepanjang hidup penulis ketika berada didalam gelanggang bulan purnama. Beliau menceritakan bagaimana beliau begitu taksub kepada PAS. Apalagi setelah Haji Hadi mengucapkan kata-kata AMANAT pada tahun 1981.

Akibat dari amanat tersebut beliau sanggup tidak membenarkan ibunya menyediakan juadah daging korban kepada abang kandung beliau sendiri. Beliau berbuat demikian kerana bimbang ibadat korban beliau tidak akan diterima ALLAH semata-mata kerana abang beliau seorang penyokong UMNO. Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan beliau didalam buku tersebut.

Kerana buku tersebut juga, banyak blog yang menghentam Haji Hadi sehingga beliau terpaksa meminta untuk membuat penjelasan selama 1 jam di TV.... mulanya TV1 kemudian TV3 pula.

Mereka seolah-olah cuba untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan perhatian kepada buku tersebut. Mungkin juga kerana buku itu mampu menjatuhkan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Semalam seorang sahabat datang dengan sebuah buku yang lain pula yang bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fakta dan Fitnah.Buku yang dilancarkan pada 11 Januari lalu di Masjid Rusila selepas Kuliah minggunya di sini.

Apa yang menariknya buku tersebut sebenarnya adalah cetakkan ke dua setelah mendapat kecaman dan bantahan hebat dari rakyat yang juga mendesak beliau menarik balik Amanat yang pernah dilafazkan di Banggol Peradong pada tahun 1981.

Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Presiden Pas itu menjelaskan, beliau melancarkan semula buku Amanat Haji Hadi yang kini mendapat bantahan pelbagai pihak kerana dikatakan menimbulkan perpecahan umat Islam, adalah untuk memberi penjelasan atas kemunsykilan yang timbul.


"Ya, kita pertahankanlah (buku Amanat Haji Hadi). (Berapa kali pelancaran buku) saya pun tak tahu lah, banyak orang lain tulis pun ada, saya tulis pun ada. Saya tak tahu orang cetak (berapa naskhah), orang lain yang cetak," katanya.

Abdul Hadi berkata, buku yang baru dilancarkan itu diharap dapat memperjelaskan kekeliruan kalangan umat Islam mengenai amanat yang dikeluarkannya pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Manir.
Ditanya mengenai pendiriannya sama ada kandungan buku amanat tersebut tidak menyeleweng akidah umat Islam, beliau menjelaskan, itu adalah tanggungjawab beliau untuk memberi ilmu kepada masyarakat.

"Abdul Hadi seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik amanat tersebut."

Sabahat boleh membaca rencana perlancaran buku di SINI 

Mungkin juga buku ini adalah untuk menjawap isu Amanat yang diutarakan didalam Murtadkah Aku? 

Namun banyak yang pincang didalam buku tersebut. sebagai contoh Angin mengambil petikan

 "Menuduh seseorang Islam dengan kafir adalah jenayah berat dalam hukum Islam" 

Maka petikan itu menunjukkan Haji Hadi telah menepuk air didulang sehingga terpercik ke mukanya sendiri. Apakah buku ini adalah cara Pemuda Pas kerana kondem dan jatuhkan Haji Hadi secara halus? (kerana buku ini diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda Pas Malaysia susunan Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Dan lagi di dalam buku tersebut menghuraikan tentang perklunya negara islam kerana menurutnya Rasulullah SAW telah menegakkan secara amali (pratikal) (muka 30) kemudian....di muka 31, " meljhat kepada nas Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa Negara Islam itu mestilah merangkumi dua aspek yang penting iaitu syariat islan yang ditegakkan dan kekuasaan pendukung islam yang beraqidah Islamiah... 

Di muka 33 pula ada menyebut... "orang-orang yang mengendalikan kepimpinan negara itu wajiblah beriman dengan islam yang menjadi dasar dan matlamat negara, amalan dan kegiatannya.

Hakikatnya Haji Hadi sendiri telah menandatangani buku jingga untuk bekerjasama dengan DAP yang secara total sememang bukan muslim bahkan banyak artikel menyatakan bahawa DAP memusuhi islam sehingga Karpal Singh berkata jika "mahu mewujudkan negara islam langkah mayat kami dulu"


Kemudian cuba tengok video di bawah. Haji Hadi sendiri menyatakan bahawa dalam quran tiada tertulis negara islam tetapi yang ada hanya negara berkebajikan.




 Jadi apa sebenarnya perjuangan HAJI HADI??? sekejap begini sekejap pula begitu? Sehingga kadang-kadang senak otak memikirkan pendirian beliau dalam membawa perjuang PAS.



Kadang-kadang Angin rasa apa yang dikatakan oleh seorang sahabat mungkin betul, katanya "Haji Hadi ketika dalam mesyuarat atau sidang Dun asyik tidur sehaja sebab itu dia buat apa orang suruh kerana dia tak sedar apa yang orang bincangkan".









1 comment: