Thursday 20 March 2014

MH370 :ANWAR IBRAHIM LEBIH LAYAK CARI JAM OMEGA???


Semalam dalam satu ceramah di Kajang, Anwar mendakwa bahawa beliau lebih layak menjawab isu MH370. Kata beliau ramai wartawan dari luar negara datang untuk menemuramah beliau.

Pada Anwar, Najib Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana dilihat mengelak dari menerima soalan media asing.

Angin rasa lawak sangat dengan kenyataan Anwar itu..... Anwar memang terbukti seorang yang sangat berani dengan media asing, cuma tak berani nak saman kalau ada rencana media luar yang menuduh beliau ada kaitan dengan juruterbang MH370 seperti yang kecoh berlaku dua tiga hari lepas.

Daily Mail sebagai contoh, menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa. sini

Sebenarnya Anwar memang lebih takut kepada wartawan dalam negara. Sebagai contoh beberapa kali Anwar menolak dan tidak menjawap soalan yang diajukan kepada beliau oleh wartawan TV3.

Cuba lihat video2 dibawah:-





Anwar dilihat mengelak untuk menjawap soalan dari wartawan tempatan. Mungkin takut terperangkap dengan jawapannya sendiri.

Ini sangat berbeza dengan isu MH370, isu jam omega sepatutnya dijawap oleh Anwar kerana Wan Azizah mendakwa jam tersebut berada dalam simpanannya.Namun Anwar mengelak untuk menjawap. Jika benar, pastinya jam itu telah lama ditunjukkan namun sehingga kini jam itu lenyap begitu sahaja.

Inilah taktik dan keinginan Anwar untuk memperlihatkan kehebatan beliau dimata penyokongnya. Dia mungkin lupa yang dia sendiri pernah mengelak untuk menjawap soalan wartawan.

So...jom sama-sama kita fikir, Anwar ni sebenarnya jenis yang macamana??

No comments:

Post a Comment