Tuesday, 8 May 2012

AMANAT HAJI HADI YANG MENYESATKAN???

Mungkin ada diantara kita yang masih belum lahir ketika amanat ini dilafazkan oleh Haji Hadi yang berbunyi:

 

  "SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA2 SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN PUOK-PUOK NI DAN KITA MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM"

Amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan seperti yang berlaku di Memali.

Angin petik beberapa ayat yang ditulis di dalam blog pro PAS antaranya:

"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."


 "Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."

"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM


Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah beliau menyatakan bahawa   ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju  14 orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. Mereka syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI HADI sendiri dan NIK AZIZ. Mereka dikebumikan kononnya sebagai syuhada'.Dikapankan dengan pakaiannya yang berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.



Sungguh menyedihkan apabila didalam muktamar PAS pada 5 June 2011 iaitu selepas 26 tahun kejadian MEMALI, Presiden PAS ini, HAJI HADI menyebut bahawa :  

alyarham ibrahim libya..bagaimana dengan mati beliau???

“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Ya, Haji Hadi mengatakan bahawa Al Quran tidak menyebut negara islam sebaliknya menyebut negara berkebajikan. 

Apakah ini tidak menimbulkan pertanyaan dikalangan ahli PAS sendiri? Betapa mereka ditipu selama ini. Dan apa pula hukumnya pengkebumian Allahyarham Ibrahim Libya serta 13 lagi kawannya yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu??? Mereka mati kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Mereka berjuang kerana perjuangan PAS yang kononnya memperjuangkan negara islam?? 

tetapi kini perjuangan itu dikatakan tidak ada dalam alquran. Apakah mereka benar-benar syahid?? Jika tidak, apakah kubur mereka perlu digali dan mereka perlu dimandikan dan disembayangkan semula?? Siapa yang perlu bertanggungjawab dengan pengkebumian mereka?? siapa yang akan menanggung dosa kerana tidak memandikan dan menyembahyangkan mereka?? siapa yang akan menjawap di akhirat kelak?? 

JIKA BENAR KEMATIAN MEREKA HANYALAH KEMATIAN YANG SIA-SIA, BUKANKAH BERAT TANGGUNGAN YANG PERLU DIPIKUL OLEH HAJI HADI?? SEMPATKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH DAN MEMYEMPURNAKAN SEMULA JENAZAH ARWAH??

Dan lagi apabila kita mengamati amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa "...... KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA....."pernyataan ini jika kini telah ditunggang terbalikkan. 

Buktinya aji Haji sendiri yang memyetujui apa yang terkadung didalam buku jingga. antara lain didalam buku tersebut semua parti didalam PR bersetuju kononnya mempertahankan perlembagaan Malaysia. So, bukankah Haji Hadi sendiri setuju mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.

Maka bukankah Haji Hadi sendiri perlu ditentang???PAS sendiri perlu ditentang???  Bukankah mereka perlu dilawan??? Dan kalau mati dalam berlawan dengan mereka, mati itu boleh dianggap mati syahid???

Buat semua pembaca, percayalah apa yang diperjuangkan oleh PAS kini, hanya perjuangan untuk mendapat kuasa, perjuangan untuk mencari keuntungan. Kita tidak tahu keuntungan itu untuk siapa, jika keuntungan itu buat rakyat alhamdulillah tetapi jika keuntungan itu hanya untuk kaum kerabat, maka itu sangat merugikan kerana kini kita sedang menikmati segalanya. kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional semuanya ada. Apalagi yang kita mahu??? Apakah yang mengharapkan bulan jatuh keriba??? dan mengharapakan sesuatu yang tidak pasti??

23 comments:

  1. Syaitan dalam macam2 bentuk untuk sesat umat Islam!! Awas..

    ReplyDelete
  2. ..PAS atau Hj Hadi dan Nik Aziz tidak pernah tarik balik 'fatwa' ini dan 'fatwa-fatwa' lain yg sewaktu dengannya yg mengkafirkan lebih 3 juta ahli dan penyokong UMNO berdekad-dekad lamanya. Jawaplah diakhirat nanti wahai para ulamak PAS dan Hj Hadi, juga Nik Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana amanat tersebut dah berdekat umno terus mencanangkan isu kafir mengkafir.. dan haji hadi meminta ruang untuk menjelaskan dlm media tv3 dan rtm selama 1 jam utk merungkai kekeliruan.. bersetuju atau tidak anda semua??

      dlm banner ceramah umno di terengganu selalu melabelkan dlm banner tersebut "pas parti ajaran sesat" jadik siapa menyesatkan siapa?

      Delete
    2. Sy sokong sgt2 klu beliau diberikan ruang 1 jam utk membuat penjelasan secara 'live'...knp susah sgt nak bg 1 jam supaya rakyat boleh menilai sendiri? Rakyat dah bijak utk tentukan.

      Delete
    3. Angin buta hati perut. Begitu juga dengan mereka yang bersetuju dengan nya. Cuba lah celik sejarah sikit:-
      PAS wujud kerana tidak bersetuju dengan puak2 sekular dlm UMNO tentang perlaksanaan Islam.
      UMNO wujud kerana ingin Melayu berkuasa memerintah dengan mendesak British memberi kuasa kepada mereka.

      Dari itu siapa yang sebenar nya berpolitik hanya kerana kuasa??!! Haa!!?

      Delete
    4. pas berjuang utk kayakn wakil rakyatnya shj. bkn utk tegakkn islam

      Delete
  3. Rukun islam 5 perkara rukun iman 6 perkara. kalu ikut semua rukun2 tu islam dah tu

    ReplyDelete
  4. Memang dia salah sebab keluarkan statement macam tu.. tapi fikirkanlah kenapa dia cakap mcm tu? Kita jgn nampak salah dia je... cuba kita fikir kenapa dia cakap mcm tu dan tgk salah kita....

    ReplyDelete
  5. sedih bila mengenalkan bagaimana agama boleh diubah mengikut nafsu, apakah perjuangan sebenarnya oleh PAS ini. sedih bila sesama Islam dicaci , menyatakan golongan mereka sahaja yang benar-benar Islam. Kita dianggap kafir. saya masih ingat bagaimana anak buah saya seorang yang berkerjaya terlalu taksub dangan kata-kata pemimpjn Pas ini, sehingga menganggap saya tidak Islam.
    tetapi selepas lebih 10 tahun beliau di dalam PAS, baru beliau nampak apakah sebenarnya perjuangan PAS. Dalam pertemuaan saya dengan seorang rakan daripada pakistan beliau bercerita bagaimana seorang imam besar di sebuah masjid adalah agen CIA yang telah dilatih untuk memecah belahkan rakyat pakistan. Begitu juga tentang kumpulan Al Qaidah dan Taliban ada yang memang dibayai oleh CIA dan YAhudi. Jadi rakan semua fikirlah apa yang berlaku sekarang adalah agenda mereka.

    ReplyDelete
  6. Mentaliti pemikiran Syiah dan khawarij dah meresap dalam pas,satu parti yang dulunya saya sanjung...tapi sayang...

    ReplyDelete
  7. Tegakkanlah islam dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya

    ReplyDelete
  8. apabila ingin bercakap berkenaan Islam atau AlQuran dan isinya..hendaklah kita belajar dahulu..jika tidak tahu atau MALAS belajar dan hanya tahu KOMEN IKUT OTAK tanpa usul periksa..berhati2 wahai teman...ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI...TUAN GURU bercakap berdasa ilmu yang dia belajar..bukan main sedap sebut...dan dia sedar akan akibat jika dia berdusta...jadi wahai teman2ku ANGIN dan yang seangkatan dengannya RIBUT,TAUFAN,TORNADO,KATRINA,TSUNAMI atau apa nama sekalipon...janganlah berkata sesuatu yang KAMU TIDAK KETAHUI!!!
    SUNGGUH AKU KASIH KAN KAMU SEMUA SESAMA MUSLIM,DAN KERANA ITU AKU MEMBERI TAHU SEKALI LAGI...JANGAN BERKATA SESUATI YANG TIDAK KAMU KETAHUI MELAINKAN TELAH KAMU SELIDIKI TERLEBIH DAHULU KERANA BERKATA TANPA USUL PERIKSA ITU FITNAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALAH KALU KITA MENDALAMI AL QURAN ADALAH TERBAEK DAN DITUNTUT.TP KLAU KITA MEMBERI PANDANGAN MNGIKUT LOGIK AKAL DAN XTERPESONG DARI AKIDAH ADALAH DIHARUSKAN ...BUKAN KE BGITU.....WALLAHUALAM

      Delete
    2. Kasih sesama muslim? Sangup membunuh sesama islam? Sye x faham betul.. ahli ugama kalau keluar fatwa kena elok2 jgn sampai umat islam berpecah belah. Memang ada perbezaan pendapat mcm pendapat di antara mahzab 4 utama. Tapi setujukah anda kalau kita bunuh ahli mahzab yg lain disebabkan perbezaan? Islam itu besar dan pemikiran kita perlu besar. Nik aziz gelar umno kawan kafir sbb berkawan dgn mic, mca sekarang dah terbalik. Ugama kalau haram kata tetap haram x boleh ubah2..

      Delete
  9. Kawan2 saya yang dulu tertalu taksub dgn.PAS sekarang ni dah tukar parti!!Parti apa? saya tak pasti lagi...Lambat laun orang akan tau juga segala tembelang PAS ini.

    ReplyDelete
  10. salam cuba tengok video ni http://www.youtube.com/watch?v=Trzpcelcb0E

    ReplyDelete
  11. Apakah kita tergolong dlm kumpulan yg memperjuangkan hukum ALLAH?Hanya ada 2 hukum sahaja yg disebut dlm al quran :

    Surah AL-MAIDAH(Surah ke 5) Ayat ke 50
    Apakah HUKUM JAHILIYAH yg mereka kehendaki,dan (hukum siapakah yg lebih baik daripada HUKUM ALLAH bg org2 yg yakin?

    Siapa kita untuk menolak hukum ALLAH?

    Surah AL-ISRA (Surah ke 17)ayat ke36

    Dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungjawabanya.

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  12. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete
  13. Ok UMNO SOKONG ISLAM FOREVER(Isteri Perdana Menteri x pkai tudung) OK Nik Aziz Gila KUASA(Rumah Nik Aziz RUMAH KAYU JEE WEIIII)

    ReplyDelete
  14. OK OK pemerintah kita memang 1000000000% sokong islam..........Tapi pernah dengar kee Perdana Menteri kite ajak tunaikan solat lima waktu jgn tinggal..........Pikir larh niii sibuk nk cari kesalahan org laen kesalahan yang dah mmg terbuka xnak cari..........

    ReplyDelete
  15. Dalam Islam mudah sahaja, kalau kita nak tahu cerita sebenar, tanya kepada empunya badan, itu yang berlaku dengan Abdullah b. Salam seorang ulama atau orang rujukan yahudi nak tahu benarkah Muhammad utusan Allah atau nabi.Begitu juga dengan kita, kalau nak tau ucapan sebenar Hj. Hadi bagi ruang dan peluang untuk dia menerang secara langsung di media massa, tv3, tv1 dan sebagainya, masa pukul 8.00 malam

    ReplyDelete
  16. Betul la ape yg dikatakan oleh hadi awang tu.kita masih mengekalkan undang2 penjajah.kenapa xguna undang2 syariah je?undang2 penjajah tu undang2 kapir.kita orang islam tapi guna cara kapir,lagu mana tu pak ustaz yang bijak pandai???

    ReplyDelete