Saturday 26 May 2012

PAS HANYA JUNIOR PARTNER DALAM PAKATAN RAKYAT - DATO' DR HASSAN ALI - MEREKA TIDAK AKAN MENDAPAT JAWATAN KANAN DALAM KABINET



Malam tadi Wakaf Mempelam ber"daung" bunyi suara YB Dato' Dr. Hassan Ali, bekas ahli PAS, malah menjawat jawatan besar selaku Naib Presiden PAS. Garang, sayu, marah, hiba bercampur baur mendengar ceramah Hassan Ali kali ini. Ribuan yang datang mendengar cerita kenapa beliau dilucutkan keahlian dalam Parti yang pernah menambat hatinya kerana kepimpinan ulamak dan perjuangan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebelum ini.

"Saya dibuang dari Pas bukan kerana saya meminum arak, saya diluCutkan keahlian bukan kerana saya berjudi, malah saya tak reti nak main terup pun, saya dibuang bukan kerana melaikukan perkara-perkara liwat, bukan juga kerana melakukan zina, tapi saya dibuang dari menjadi ahli PAS kerana saya mempertahankan IMR (ISLAM, MELAYU, RAJA).

"Cuma seingat saya, apabila Anwar Ibrahim  menyeru pelajar-pelajar universiti untuk turun bersama-sama beliau pada hari Isnin ketika keputusan pertuduhan liwat ke atas beliau akan di umumkan, Dalam sidang media saya sebelum itu, saya tidak bersetuju dengan seruan itu kerana ketika itu 7 buah universiti sedang melangsungkan peperiksaan, hari isnin, pastinya jika pelajar ini turun maka mereka akan tidak mengambil peperiksaan, saya tidak mahu ini berlaku. Apabila orang kanan Anwar tahu akan kata-kata saya itu lalu beliau meminta majlis tertinggi PAS melakukan sesuatu kepada saya. Selang dua hari  Majlis Tertinggi PAS mengadakan pertemuan dan seterusnya melucutkan keahlian saya dari PAS. Hanya kerana itu, hanya kerana saya tidak bersetuju dengan orang yang terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia". Demikian sebahagian dari luahan Dato' Dr Hassan.

Di dalam sidang media selepas ceramah hampir 1 jam 1/2, Dato' Dr. Hassan menyatakan bahawa rakyat perlu mempunyai jiwa besar dengan mempertahan ISLAM. MELAYU dan RAJA. Namun halangan politik adalah halangan yang paling besar untuk menjadi manusia yang berjiwa besar. Beliau juga menyentuh akan masalah moral yang dihadapi oleh sebahagian besar pepimpin Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat yang dibelenggu dengan isu liwat dan lain-lain.

"Pastinya orang-orang ini ingin menjadi orang-orang besar dalam negara, sebab itulah kita perlu menyemak latar belakang dan perbuatan mereka sebelum memilih mereka dalam PRU 13 nanti"

Ketika di tanya tentang kabinet bayangan Pakatan Rakyat sekiranya memenangi PRU 13, beliau menyatakan berkemungkinan Perdana Menteri akan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan berkemungkinan mereka akan memiinta dua orang  Timbalan Perdana Menteri. Sudah tentu salah seorang darinya adalah parti DAP iaitu Lim Kit Siang.

"PAS tidak akan mendapat menteri kanan di dalam kabinet. ini kerana PAS dikatakan tidak akan mendapat kemenangan yang besar dalam PRU 13 akan datang. PAS berkemungkinan hanya menjadi "junior partner" dalam pakatan rakyat. Sebagai Junior Partner, PAS hanya akan mendapat kementerian yang "junior" sahaja. PAS tidak akan mendapat tempat di Kementerian Kanan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan beberapa kementerian lain malah PAS belum tentu mendapat tempat di Kementerian Penerangan yang bukan Menteri kanan pun. Saya meramalkan senior partner adalah DAP berdasarkan sokongan bangsa Cina terhadap parti-parti Cina. Pastinya apabila mendapat kerusi yang lebih banyak dari PAS, DAP akan berkeras untuk mendapatkan jawtan yang lebih kanan.Bayangkan jika DAP yang mendapat tempat di kementerian kanan seperti yang saya katakan tadi...bayangkan....."

Sebelum itu, YB Dato' Dr. Hassan telah menutup ceramah beliau dengan zikir munajat dan selawat serta doa yang telah membuatkan beberapa orang yang datang telah menitiskan air mata.

Pada Angin Pas telah melakukan satu kesilapan besar dengan melucutkan keahlian Dato' Dr. Hassan Ali. Ya Hassan Ali diihat sedang berjuang berseorangan. Namun jika diamati dari ceramah beliau dan sokongan dari pendengar yang mencapai puluhan ribu disetiap tempat berceramah. Hassan Ali sebenarnya tidak keseorangan. Beliau disokong secara senyap. Mereka menjadi bom jangka kepada PAS. PAS akan di bom ketika PRU 13 nanti. Angin yakin ramai yang datang mendengar tersentuh dengan apa yang berlaku kepada Hassan Ali. Mereka bersimpati kepada Hassan Ali.

Namun Angin rasa tidak salah kalau Angin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAS yang telah memberi sedikit ruang yang lebih selesa buat BARISAN NASIONAL. TQ NIK AZIZ, TQ HAJI HADI,, TQ AZMIN, TQ ANWAR......

p/s : pukul 3.00 petang nanti Angin akan tulis lagi apa cerita Hassan Ali lagi... tunggu yerk....

No comments:

Post a Comment