Wednesday 30 May 2012

TELAH TERBIT.......2 VIDEO WAJIB TONTON!!!

Salam.... tiba-tiba tersentak Angin dengan dua video yang Angin tonotn semalam. Pada Angin ke dua-dua video ini sangat hebat dan WAJIB TONTON.







Alangkah eloknya kalau dua-dua video ini dapat di tayangkan di kaca TV. Biar semua orang boleh menontonnya.

Permulaan video melayu, Angin tercengang apa hal video ini... apa yang nak di tunjukkan, selang 2 minit Angin dapat menangkap betapa kita ini terlalu dibuai dengan mimpi-mimpi indah lalu kita lupa bagaimana nenek moyang kita berjuang...

Kita kini sibuk mencari salah orang kita sendiri..... Negara yang diperintah oleh Orang Kita sendiri. Kita lupa kebahagian, kemakmuran dan kemajuan yang kita capai hasil dari pengorbanan nenek moyang dan Orang Kita sendiri. Kita tidak bersyukur dengan apa yang kecapi selama ini.

Kita lupa bahawa segalanya hanyalah pinjaman dan jika kita tersilap langkah.... kita mungkin terjun ke zaman dahulu semula.... zaman mencari jati diri, zaman perit getir mempertahankan bumi Tanah Melayu yang tercinta ini.

Entah mengapa semasa menulis malam ini, tangan terasa terketar-ketar.... hati merasa sayu.... apa akan jadi pada bumi bertuah milik kita ini 2 , 3, 10 atau 15 tahun akan datang. Apakah anak cucu kita masih dapat merasai akan nikmat yang kita rasai hari ini. Atau segala nikmat itu di tarik semula oleh ALLAH kerana tangan-tangan dan hati kita yang tidak bersyukur dengan kurniaannya.

Cuba kita tonton pula kisa tauladan ini.... betapa manusia tidak bersyukur dan kufur nikmat... akan pasti mendapat balasan suatu hari nanti....Angin cuma ingin kita sama-sama berfikir supaya kita semua tidak menjadi seperti mereka yang tidak bersyukur seperti di dalam cerita ini....






No comments:

Post a Comment