Sunday 20 May 2012

MUZAKARAH PAS : LAGI SATU PROPAGANDA

Dua tiga hari ini kecoh plak kisah PAS ajak UMNO bermuzakarah. Macam-macam cerita kita dengar... kali ini cadangan datangnya dari Nik Aziz plak.

Namun Akhbar Sinar harian semalam melaporkan Haji Hadi plak meletakkan macam-macam syarat untuk bermuzakarah. Angin rasa hairan dia ajak UMNO bermuzakarah lepas tu letak macma-macam syarat plak. Nampaknya PAS dah semakin terdesak, apa lagi kesilap demi kesilapan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka, kini mereka dikatakan berada dalam keadaan yang amat lemah. Sokongan terhadap PAS semakin mengecil, kerana itulah mereka mula membuka jalan bermuzakarah pulak. 

Laporan akhbar yang sama pada hari ini pulak melaporkan bahawa Nik Aziz pulak meletakkan syarat yang ketat untuk bekerjasama dengan UMNO. Malah yang menghairankan, salah satu syarat tersebut ialah menerima sama semua pembangkang yang ada. Apa sebenarnya cerita disebalik muzakarah PAS ini. Apakah ada udang yang mahu disembunyikan didalam sepinggan mee?? 

 "Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini. 

Baru-baru ini kedengaran bahawa Anwar Ibrahim ingin kembali kepangkuan UMNO, kini timbul plak syarat UNMO perlu menerima pembangkang didalam UMNO, so maknanya umno perlu menerima Anwar kembali??? Biar betul ni... propa apa sebenarnya ni?? Rasa dah tak boleh memenangi Putra Jaya ke??? Nak masuk melalui muzakarah plak?? Gunakan PAS lagi ke?? Aduih.... Apa sebanrnya ni?? 

Apa yang diharapkan pimpinan UMNO tidak terus tertipu dengan propa ala ghapor yang sedang anwarinas laku ini... mereka sengaja mahu rakyat sekali lagi menyalahkan UMNO sekiranya tidak menerima muzakarah ini... sedap sedikit mereka spin cerita....

No comments:

Post a Comment