Sunday 31 March 2013

KONVOI PEMBANGKANG: MANA 500 ORANGNYA??? TAK RETI KIRA KE???



KUALA LUMPUR – Beberapa penyokong pembangkang termasuk daripada golongan mahasiswa menyertai Konvoi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) hari ini.Konvoi yang bermula di Dataran Shah Alam, Selangor itu dilaporkan bergerak ke Dengkil bagi mengedar risalah berbaur hasutan supaya menolak BN dan khususnya UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Lebih membimbangkan apabila mynewshub.my difahamkan peserta kovoi itu akan turut bergerak ke kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum.

Penganjur TOLAK melalui satu kenyataan media mendakwa memorandum itu bertujuan mengesa Perdana Menteri membubarkan Parlimen dengan segera bagi memberi laluan kepada PRU13 diadakan.

“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baharu,” dakwa Pengerusi TOLAK, Muhamad Azan Safar melalui kenyataan sama.

Dakwaan Muhamad Azan mengenai jumlah peserta yang menyertai konvoi itu bagaimanapun menimbulkan keraguan kerana gambar pelancaran konvoi yang turut disiarkan menerusi kenyataan sama memberi gambaran sebaliknya.Pemerhatian mynewshub.my terhadap gambar berkenaan mendapati hanya kira-kira 50 orang menyertai konvoi tersebut sedangkan Muhamad Azan mendakwa 500 menyertainya.

Mynewshub,my juga difahamkan konvoi itu akan mengadakan siri jelajah ke semua negeri bermula 6 hingga 14 April ini. – mynewshub.my

LAHAD DATU : TEMBAKAN DILEPASKAN KETIKA PENDUDUK KG LABIAN MASUK MELIHAT KEADAAN RUMAH MASING MASING



Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.



PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.

BIAR BETUL???? DIA NI KATA BN BOLEH MENANG BESAR???

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008 ?

Terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi untuk menentukannya, seorang ahli akademik yang menjejaki perkembangan politik di negara ini percaya arus politik semasa memihak kepada BN.


"BN akan dapat balik kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan menang besar. BN akan dapat kerusi dua pertiga." Ini analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama di sini baru-baru ini.


Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.


Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).


Oleh kerana itu beliau menjangka BN dapat merampas semula semua atau sebahagian besar daripada 30 kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PR pada PRU12.


Untuk rekod, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU 2008 dengan memperoleh hanya 140 kerusi parlimen sementara PR memenangi 82 kerusi parlimen.


Di peringkat DUN, BN memperoleh 307 kerusi sementara PR 198 kerusi.


LEBIH DINAMIK


Apabila Kamaruddin menyatakan BN akan menang besar, beliau menyandarkan analisis yang optimis ini kepada kepimpinan kerajaan dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik mencirikan kepimpinan Najib.


Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.


Kepimpinan Najib yang lebih dinamik dengan pelbagai program transformasi serta inisiatif 1Malaysia dilihat sebagai kunci utama yang akan mengembalikan kemenangan besar BN pada PRU13.


Menurut Kamaruddin, Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai sangat strategik seakan mahu memujuk bukan Melayu dan memberi harapan kepada orang Cina dan India.


Ia juga berjaya kerana diumumkan pada masa orang Melayu tidak takut lagi kepada persaingan.


"Semuanya kerana kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya melahirkan Melayu Baharu profesional.


"Jika diumumkan pada 1970 ia tidak mungkin diterima kerana Tragedi 13 Mei 1969. Orang Melayu pada masa itu mengharapkan pembasmian kemiskinan dan pembelaan.


"Tetapi apabila diumumkan pada 2009, orang Melayu menerimanya dengan tenang sebab minda orang Melayu terutama Melayu Baharu sudah berani bersaing, sudah berani ke pentas antarabangsa," kata Kamaruddin.


UNTUK SEMUA


Kamaruddin, yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berkata terdapat banyak unsur kebijaksanaan dalam dasar-dasar baharu yang dibuat Najib.


Beliau mengambil contoh kepada pemansuhan Akta Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri.


"Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 juga sudah dilembutkan dan tidak ada lagi halangan untuk pelajar terlibat dalam politik.


"Promosi program-program 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jelas menunjukkan mana-mana rakyat yang memerlukan akan diberi bantuan tanpa mengira kaum.


"Ini dilihat sebagai adil dan saksama terutama bagi pengundi atas pagar, " jelasnya.


BUKAN PENENTU




Jika ada orang beranggapan PRU13, pilihan raya penentu, Kamaruddin berpendapat sebaliknya.


"Mungkin pandangan saya ini berbeza daripada pandangan orang lain. Pilihan raya penentu sebenarnya ialah PRU12 pada 2008.


"Pada PRU12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja merampas 30 kerusi parlimen yang sebelum itu dikuasai BN tetapi pembangkang menguasai lima buah negeri.


"Kedudukan PKR juga menjadi hebat. Daripada satu kerusi parlimen, PKR menambah 30 lagi kerusi parlimen. Pada saya pengundi yang mengundi PKR ialah pengundi atas pagar," kata Kamaruddin.


Pengundi atas pagar yang disebutkan ini ialah golongan muda dan profesional.


Dua faktor dikaitkan dengan kemenangan besar PR iaitu kepimpinan BN yang lemah serta simpati bagi Anwar Ibrahim yang keluar daripada tahanan dan diangkat sebagai wira.


"Hampir 100 peratus pengundi atas pagar ini menyokong dia (Anwar). Kalau nak menang masa itulah sepatutnya. Bagaimana pihak pembangkang tidak berjaya mendapat undi yang banyak," jelas Kamaruddin.


TIDAK SUSAH


Bukan sedikit yang menjadi taruhan pada PRU13. Pembangunan negara, keamanan dan masa depan yang cerah untuk generasi muda khususnya.


Ini yang perlu dijaga dan keputusan untuk membuat pemilihan yang tepat bagaimanapun bukanlah sukar. Perkara ini turut ditekankan Kamaruddin.


Menurut beliau, pengundi sekarang bukan berada dalam keadaan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak' seperti senario 2008.


"Pilihan untuk PRU13 sudah menjadi mudah. Kepimpinan Najib adalah yang terbaik dan saya fikir majoriti akan membuat keputusan seperti itu termasuk kumpulan atas pagar.


"Saya rasa tidak juga sukar untuk pengundi atas pagar meninggalkan Anwar kerana mereka sudah membayar pampasan pada 2008, sudah tak ada rasa bersalah.


"Sekarang pun imej Anwar sebagai wira sudah tercalar banyak. Dia juga tidak boleh mengharmonikan kerjasama tiga parti dalam PR," kata Kamaruddin.


Menurut beliau, sebenarnya tidak ada keserasian politik antara PAS, DAP dan PKR berbanding kerjasama yang agak mantap dalam kalangan parti-parti komponen BN.


"Terkini isu kalimah Allah dan siapa akan jadi perdana menteri jika PR menang," kata Kamaruddin.


Bagaimanapun, beliau berkata penyokong pembangkang tegar parti pembangkang tidak akan mengubah pendirian mereka untuk terus menyokong pembangkang pada PRU13.


ARAB SPRING


Ketika bahang PRU13 semakin terasa, ada juga pihak yang membuat telahan 'Arab Spring' akan berlaku di Malaysia.


Dalam menolak andaian itu, Kamaruddin mengingatkan bahawa 'Arab Spring' itu sebenarnya ditaja kuasa besar terutama Amerika Syarikat.


Menurut beliau, gerakan ini ada kaitannya dengan pandangan Amerika Syarikat bahawa keselamatan negara itu digugat oleh para pemimpin Arab ini yang kemudian dijatuhkan satu persatu.


Ini termasuk Hosni Mubarak yang dikorbankan meskipun ia sekutu Amerika kerana Amerika menganggap Mesir akan menjadi pentas yang boleh menggugat kedudukannya.


Menurut Kamaruddin, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan tidak pernah menggugat keselamatan Amerika Syarikat.


"Walaupun kita kecil, perdagangan kita dengan Amerika sangat penting dan besar. Persepsi Amerika terhadap negara kita pun sudah berubah berbanding sebelum ini.


"Maknanya dalam keadaan sekarang, Amerika tak akan membantu untuk melancarkan Arab Spring di Malaysia," tambahnya.


AMAL DEMOKRASI


Malaysia juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan demokrasi sejak merdeka dengan mengadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali.


Parti yang memerintah walaupun tidak sepenuhnya sempurna namun berjaya memainkan peranan membangun negara, menyusun masyarakat, memerangi komunis, mengatasi Peristiwa 13 Mei dan melancarkan DEB.


Menurut Kamaruddin, sejak Merdeka, BN mencatatkan rekod yang baik dalam membangunkan negara.


Ia hasil kerjasama gabungan nasionalis Melayu, Cina, India dan kemudian nasionalis Sabah dan Sarawak.


Beliau berkata parti yang memerintah bukan sekadar menabur janji dan mengaitkan dengan peribahasa "Siapa Menyemai Angin Dia Menuai Badai." "Maknanya, katakanlah parti memerintah hanya pandai menabur janji, sudah tentu kerajaan itu sudah lama hancur. Ini tidak berlaku kepada BN," tegasnya.


-- BERNAMA

PANAS LAHAD DATU : ROH PENGGANAS DENGAN TANGKAL KINI BERKELIARAN DI KG TANDUO

 
Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

Kosmo

LAHAD DATU: ANAK KECIL INI RINDUKAN AYAHNYA....

Foto

 “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Saturday 30 March 2013

TERKINI LAHAD DATU: SATU LAGI MAYAT PENGGANAS DI BAWA KELUAR


Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang tadi.

Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.

Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.

Statistik terkini jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 453 orang dengan pecahan 126 tangkapan disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) manakala tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 43 orang dan 03 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 66 orang dan 03 orang mayat kanak-kanak.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang tercedera seramai 11 orang dengan pecahan 8 orang PDRM dan 3 dari ATM.

Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang.

SAH!!!! WANITA YANG DITAHAN DI MEKAH ADALAH ISTERI BEKAS KETUA KUMPULAN HARAM AL-ARQAM


Kuala Lumpur –  Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.
Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.

Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi. (Berita Harian)

GANASNYE PENCURI DI NEGERI SERAMBI MEKAH - CURI LEMBU HANYA TINGGALKAN KEPALA SAHAJA


Sekumpulan penjenayah dikesan mencuri dan menyembelih lembu sebelum meninggalkan organ dalaman termasuk kepala haiwan berkenaan di tepi jalan menghala Sepang dalam kejadian di Tanah Merah, kelmarin.

Pemilik lembu berkenaan, M Yogeswaran, 28, berkata, dia terkejut sebaik menyedari dua daripada 12 lembu peliharaannya hilang selepas meragut rumput kira-kira tiga kilometer dari kandang.

Menurutnya, kebiasaannya semua lembu peliharaannya akan balik ke kandang apabila kekenyangan.
“Bagaimanapun saya terkejut melihat ia tiada di kandang lalu keluar mencari dan sebaik tiba di tepi jalan menghala Sepang, saya terkejut melihat usus, perut serta kepala lembu bertaburan di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, seekor lembu jantan yang hilang itu seberat 800 kilogram dan dibeli dua minggu lalu dengan harga RM4,500 manakala seekor lagi 450 kilogram berharga RM2,500.

“Pagi tadi (semalam) saya turut menemui semula 10 lembu kira-kira 10 kilometer dari tempat ‘penyembelihan’ itu,” katanya. “Sebelum ini hampir 16 lembu saya dicuri. Saya mengesyaki dua lembu itu diberi suntikan pelali sebelum disembelih dan kerja itu dilakukan antara lapan dan 10 orang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan menerima laporan kes itu.

KARPAL YAKIN MENANG MAJORITI MUDAH DAN AKAN MEMEPERTAHANKAN KERUSINYA




GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita yakin untuk mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum nanti dan menawan tujuh hingga lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, pembangkang yakin untuk mengekal pemerintahan empat negeri yang diperintahnya sekarang.

Beliau berkata, beliau akan mempertahankan kerusinya itu.

Ditanya mengenai kesediaan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, TengChang Yeow menerima cabaran Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk bertanding satu lawan satu, Karpal berkata ia tidak perlu bersyarat. - BERNAMA

TERKINI : CHUA JUI MENG KEMBALI MELOMPAT KE KEM BN???



BERITA TERKINI - Wakil kami di Johor Bahru baru sahaja memaklumkan kepada ibu pejabat Mymassa di ibu negara bahawa mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali memberi sokongan kepada MCA dan Barisan Nasional.

Kehilangan Datuk Chua Jui Meng sejak dua minggu ini amat merisaukan kem PKR, akhirnya PKR mengambil keputusan Drastik melantik  Dr Ahmad Faidhi Saidi selepas bosnya Chua Jui Meng terus tidak tampil di khalayak umum.

Perkara ini disahkan oleh timbalan setiausaha PKR negeri Steven Choong. Menurut Chong, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri dua hari lalu. Chong turut menjelaskan ringkas kononnya Datuk Chua Jui Meng "bercuti".

Apa yang menghairankan ialah Cuti Datuk Chua Jui Meng sudah menghampiri angka 30 hari.Kekecewaan Datuk Chua Jui Meng adalah kerana kerusi Gelang Patah yang diidamkannya telah diberikan kepada Lim Kit Siang tanpa memperdulikan dirinya sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor.

Kekecewaan dan Kemarahan Datuk Chua Jui Meng menjadi semakin parah apabila desas-desus mengaitkan beliau kembali rapat kepada pasukan MCA.Walaupun PKR sedang memujuk Datuk Chua Jui Meng, namun pujukan tersebut belum lagi mendatangkan hasil. Khabarnya, Datuk Chua Jui Meng dilihat bersama-sama pemimpin-pemimpin MCA.

Sama ada pertemuan tersebut secara Kebetulan atau sememangnya dirancang, hanya Chua Jui Meng dan Chua Soi Lek yang mengetahuinya. Sebagai perbandingan, kedua-dua mereka adalah dari keluarga besar Cina "CHUA", bukannya Cina "Lim"  atau Cina "Ling", bukan juga keluarga Cina "Ong".Jika Chua Jui Meng kembali bersama Chua Soi Lek, apakah pula nasib Ong Ka Ting?

NAJIB AKAN KE MEKAH PULA UNTUK UMRAH..... MAKNANYA BUBAR PARLIMEN LAMBAT LAGI....



Parlimen Malaysia dijangka hanya akan dibubarkan selepas minggu kedua bulan April apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat umrah minggu hadapan.

Sumber The Star melaporkan Najib dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April selepas mempegerusikan mesyuarat Kabinet dan mengambil bahagian dalam program berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka akan pulang dua hari kemudian.Spekulasi mengatakan Perdana Menteri akan melanjutkan tempoh penuh lima tahun parlimen yang akan tamat pada 29 April sebelum memanggil pilihan raya.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan negeri yang pertama terbubar secara automatik pada Khamis dan akan disusuli Pulau Pinang pada 2 Mei, Kedah dan Terengganu pada 6 Mei.

Sepanjang dua hari lalu Najib telah menemui pengerusi BN seluruh negara di Putrajaya dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

MEMALI!!!VIDEO YANG MUNGKIN BELUM ANDA TONTON

Lihatlah harga yang perlu dibayar oleh seorang anggota keselamatan negara ini.....

Darah.....

Maruah....

Cacian.....

dan bermacam-macam lagi yang mereka terima untuk nejaga kita semua....


BERITA DARI TERENGGANU : 3 BERANAK MATI LEMAS KERANA CUBA SELAMATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN




Usaha Mohd Hafiedz Harun, 34, untuk menyelamatkan anaknya yang lemas berakhir dengan dia turut lemas dan nasib sama turut menimpa abangnya dalam kejadian meragut nyawa tiga bersaudara di Pantai Pandak, Chendering, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, ketiga-tiga mangsa berkelah bersama 35 orang daripada tujuh keluarga yang berkumpul sempena cuti sekolah.

Kejadian berlaku apabila Mohd Hafiedz cuba menyelamatkan anaknya, Mohd Adam Daniel, 7, yang dihanyutkan arus ketika mandi. Bagaimanapun, disebabkan ombak besar, Mohd Hafiedz turut lemas sebelum abangnya, Saifuddin, 49, yang terjun ke laut untuk menyelamatkan dua beranak itu turut terkorban.

Selain mereka bertiga, dua lagi iaitu Burhanuddin Helmi, 43, yang juga adik kepada Saifudin dan iparnya, Ahmad Idzaham Tayyib, 41, turut lemas, namun berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Bapa mentua Mohd Hafiedz, Musa Mohamad, 70, berkata sebelum kejadian, dia mengetahui anak dan menantu serta beberapa lagi saudara-mara mereka bercadang berkelah di pantai berkenaan sempena cuti sekolah.

KASIHAN!!!!! AHLI PAS JAHAT!!!! DIA SEMAKIN KAYA, BALU & YATIM MERANA!!!




Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. 

Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali. Siapa Mohamad Yusof Hussin? Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. 

Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985. TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. 

Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS. Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan. Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak,

YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan. 

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah. Benarkah dakwaan puak-puak ini? 

Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah? 

Bagaimana Hasan Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke tangan sepatutnya? Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh misteri' menjadi kosong. Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini? Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan penduduk Kampung Memali. 

Walhal rekod dan saksi pula menyatakan sebaliknya? Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000? Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. 

Yusuf Hussin adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9 orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli keluarga Tragedi Memali dipinggirkan. 

PAS seringkali bercakap tentang DOSA-DOSA BESAR pemimpin UMNO. Sekarang, kita ingin tahu, adakah menggelapkan wang BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak dianggap sebagai DOSA BESAR? 







Harapnya ahli-ahli PAS serta orang ramai yang sedar akan penyelewengen Ahli PAS ini mendoakan kecelakaan mereka yang menggelapkan wang serta menyonglap wang2 anak yatim ini.

LAHAD DATU: LELAK ITUA YANG DITEMBAK KERANA MENETAK RUPANYA PANGLIMA TENTERA PENGGANAS KIRAM III

LAHAD DATU 28 Mac - Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 60-an itu dipercayai merupakan pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya.

LAHAD DATU : PELURU BERTABURAN DIJALANRAYA.... RUMAHKU HANCUR DAN ADA YANG TERBAKAR



LAHAD DATU – Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.

“Saya memang terkejut. Saya tidak sangka jadi begini sehingga rumah hangus. Saya reda kepada Tuhan atas kejadian ini,” kata Mahmud Mallang, 72, ketua Kampung Tanjung Batu apabila melihat kemusnahan yang dialaminya.

Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan rumahnya malah empat rumah anaknya juga hangus terbakar, selain turut kehilangan kereta dan motosikal.

Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan yang teruk, rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki.

Kesayuan jelas tergambar di wajah ketua-ketua keluarga yang dibawa masuk ke kampung itu untuk menilai kerosakan yang mereka alami dan bagi John Dulahap, 62, walaupun sedih melihat kemusnahan itu, beliau yakin kerajaan pasti akan membela nasib mereka dengan menyediakan bantuan khas bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk.

“Rumah anak-anak saya juga hangus dan ada juga yang dipenuhi bekas tembakan. Peralatan rumah turut rosak,” katanya.

“Rumah adik dan kakak saya hancur,” luah pula Ajimain Mahmud, 35, yang masih trauma selepas ditampar dua kali oleh anggota militan semasa menceroboh kampung itu.

Mereka adalah antara 20 ketua keluarga yang dibawa masuk ke Kampung Tanjung Batu bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu yang boleh diibarat umpama ‘padang jarak padang terkukur’.

Sebaik melepasi papan tanda ‘Selamat Datang ke Kampung Tanjung Batu’ jelas kelihatan ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di perkarangan rumah dan kawasan semak samun.

Hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Penulis turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di satu daripada anak sungai.

Berhampiran lokasi itu, penulis menemui dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger tersadai dan dipenuhi kesan tembakan. Kenderaan itu dipercayai dicuri penceroboh militan dan diguna ketika menyerang pasukan keselamatan.

Selain itu bau bangkai juga dapat dihidu, dipercayai daripada haiwan ternakan yang mati akibat kejadian itu. – Bernama

gambar
tinjau 1
tinjau 2
tinjau 3
image
tinjau 8
tinjau 7
Gambar BERNAMA

PRU 13 : SEMANGAT MORAL JENTERA BN MERUDUM KERANA NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN?????

Salam buat semua..


Sudah sebulan kisah pembubaran parlimen diperkatakan. bermacam versi yang kita dengar. Dari Najib takut bubar parlimen sehingga kepada Najib akan letak jawatan sebelum bubar parlimen.

Kisah takut bubar dan letak jawatan ini hanya propaganda pembangkang untuk menjatuhkan semangat moral jentera parti BN. Mereka cuba memberi persepsi bahawa Barisan Nasional kini berada dalam ambang kejatuhan dan seolah rakyat masa kini begitu menyokong parti mereka.

Hakikat mereka juga sebenarnya dalam keadaan was-was tidak sekali kali ditonjolkan. Masakan tidak, kegagalan mereka merealisasikan manifesto di negeri Selangor sudah cukup menggerunkan mereka untuk membubar dewan undangan negeri itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim dah tiga kali memberi tarikh dari tahun lepas ke lepas chap goh mei hingga akhir sekali digembar gemburkan akan membubar dewan undangan negeri pada 22 April yang sememangnya telah diketahui bahawa dewan undangan negeri selangor akan terbubar sendiri pada 23 April.

Jika Pakatan Rakyat sendiri masih takut untik membubar Parlimen mengapa pula dipertikaikan Najib? Najib masih ada masa sehinggga 30 April seperti kenyataan SPR semalam. Jadi kalau Najib nak umum bubar Parlimen pada 29 April pun sebenarnya tak salah.

Memang kedengaran rasa kebimbangan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Masakan tidak, belumpun parlimen dibubarkan, rakyat dihidangkan dengan berbagai versi cerita  "menakutkan" yang akan dilakukan oleh pembangkang sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya kali ini.


Walaupun sebenarnya rasa kebimbangan itu tidak perlu wujud kerana orang Malaysia bukan jenis manusia yang tidak bertamaddun namun pengalaman beberapa kali program ''BERSIH" dan kejadian-kejadian terpencil di sana-sini seperti membaling batu ketika ceramah sedikit memberi rasa  gusar kepada rakyat.

Apalagi dengan isu Lahad Datu yang belum lagi berkesudahan dan  kaitan dengan pembangkang juga membuatkan rakyat begitu terasa "takut" dengan kehangatan pilihanraya kali ini.


Semalam pula, terbongkar satu surat yang didakwa dikeluarkan oleh pembangkang supaya diadakan keadaan yang boleh menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Namun apa yang diharapkan ialah rakyat akan keluar mengundi beramai-ramai untuk membuat pilihan yang tepat dan tidak memilih sesuatu yang belum pasti. 

Sesungguhnya kerajaan yang sedia ada ini telah berjaya membuktikan negara ini pesat membangun tanpa meninggalkan tuntutan agama, meningkatkan kemajuan bangsa dan negara dengan slogan 1Malaysia.

Friday 29 March 2013

PARLIMEN MUNGKIN BUBAR HARI INI... PAKATAN RAKYAT AKAN SAJIKAN 13 PERKARA UNTUK RAKYAT MENJELANG PRU13

ANWAR IBRAHIM sedia menawarkan 13 kejutan menjelang pru 13…

Inilah skrip yang dibuat setiap kali Anwar dan konco-konconya menghadapi piliharaya dan hanya semata-mata untuk memperbodohkan rakyat!

Rakyat tidak bodoh! Anwar dan PR semakin dekat kepada kehancuran!
securedownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownloadsecuredownload

PANAS!!!! DI TANGKAP DI MEKAH KERANA KEMPEN SOKONG PAS???

 

EKSKLUSIF: 95 Warga Malaysia, Indonesia Ditangkap Disyaki 'Mencurigakan' Di Mekah

MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.
Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.
Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.
Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya itu.
Mynewshub.my diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut. – Mynewshub.my

150656
13254_95877
65160_2277

HANGAT!!!! HANYA PENCACAI TOLOL YANG AKAN TERIMA ALASAN BODOH INI....



Alasan terbaru pemimpin kesayangan para MACAI.

Dulu masa pemilihan parti, bagi alasan SILAP KIRA. Sekarang ni sila taip pulak.Tapi macam ni punya SILAP pun MACAI akan sokong.

Sebab MACAI pun SILAP jugak. Tersilap lahir ke dunia ni kerana kebodohannya tak boleh nak diajar, kepandaiannya tak boleh nak diikut.Jadi kepada para MACAI, teruskan menyokong KESILAPAN pemimpin-pemimpin anda.

*Ada juga pemimpin besar boleh bagi alasan silap taip kos projek. Sebelum ni diorang cakap silap guna MICROSOFT EXCEL. Mungkin kali ni diorang akan salahkan MICROSOFT WORD sebab terlalu 'susah' untuk dipakai.

Thursday 28 March 2013

HOT!!!!JIKA PEMIMPIN JADI MENTOR SEKS.... ANAK BUAH PUN IKUT LER... TAPI SEMUANYA SALAH UMNO!!!

 
 
Justifikasi poster di atas sebenarnya mempunyai asas yang cukup kukuh. Selama ini PKR cukup bijak berselindung di sebalik tuduhan bahawa UMNO dan sibertrupernya hanya pandai memainkan isu lucah dan seks bagi memfitnah mereka. Namun, apa yang akan kami senaraikan di bawah ini patut kita semua fikirkan semula secara mendalam.
 
Skandal video seks pemimpin ulung pembangkang bersama seoarang pelacur China
Skandal video dan gambar seks sejenis yang dikatakan melibatkan pemimpin ulung pembangkang
Kes khalwat seorang pemimpin PKR yang digelar USTAZ bersama isteri orang
Isu video dan gambar skandal seks seorang pemimpin kanan PKR
 
Isu foto bogel EXCO PKR Kerajaan Negeri Selangor berzina dengan teman lelakinya yang muslim
 

TERKINI : SEORANG LAGI PENGGANAS MATI DITEMBAK KERANA MENETAK ANGGOTA KESELAMATAN




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya. - Bernama