Betulkah
ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan
ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang.
Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim
ini?
Seorang
lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah
Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak
kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar
Ibrahim.
Amado
Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan
Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF,
organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi.
Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses
ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.
Rupa-rupanya
sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa
berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9
Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?
Mengapa
10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu
sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013,
Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu
sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.
Apakah
pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan
untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah
dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di
Filipina?
Anwar
merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25
kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu
boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja?
Ya,
begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu
digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari
Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah,
sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.
Apa
pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk
mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting
untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti
Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.
Operator
untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah
Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa
tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan
insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa.
Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.
Baca seterusnya di sini : http://anginperubahan.blogspot.com/2013/03/agenda-besar-anwar-ibrahim-misuari-di.html
No comments:
Post a Comment