Tuesday, 19 March 2013

ISU BANGKANG DARI LONGKANG : NABIL TIDAK TAKUT WALAU ADA YANG KTA DIA BERFIKIRAN MACAM LEMBU



Pada 25 Februari lalu tercetus kontroversi sebuah video di YouTube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob bersama Nabil Ahmad.

Berdasarkan intipati video tersebut, kedua-dua selebriti ini didakwa telah memempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.Selepas Salih Yaacob tampil dan membuat pengumuman mahu bersara gara-gara kontroversi itu, akhirnya Nabil juga tampil untuk menjelaskan segala kontroversi tersebut menerusi sebuah majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Menurut Nabil, dia tidak takut dengan segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya dan menyifatkan segala perkara yang diperkatakan menerusi video tersebut adalah satu kebenaran yang perlu diketahui oleh masyarakat di Malaysia.

Bagaimanapun, oleh kerana terlalu lantang bersuara, Nabil sekali lagi dikritik oleh segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak ini, sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai individu yang berfikiran seperti lembu dan menuduh Nabil sebagai macai parti politik yang disokong.

Sumber

No comments:

Post a Comment