Tuesday, 19 March 2013

BERITA DARI AKHBAR BERBAHASA CINA : PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG TIDAK TUNAI JANJI PRU12



PR PULAU PINANG HADAPI SAINGAN SENGIT

Menurut BN Pulau Pinang, kerajaan PKR Pulau Pinang tidak melaksanakan pelbagai janji dalam manifesto DAP yang dilancarkan pada 2007 sebelum menghadaopi PRU12.

Dalam PRU lalu, DAP telah melancarkan slogan “Rancangan Selamatkan Pulau Pinang 2007” untuk menumbangkan BN. Pada ketika itu, DAP mencadangkan 10 perkara untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di negeri tersebut.

Selepas lima tahun, keadaan perhubungan jalan raya di Pulau Pinang masih belum banyak berubah. Kerajaan PR Pulau Pinang juga tidak melaksanakan janji untuk membina 5,000 tempat letak kereta di jambatan Pulau Pinang.

Dalam manifesto tersebut, DAP juga pernah berjanji akan membina 22,172 rumah mampu milik, sebaliknya hanya membina 4,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, manakala swasta membantu membina 9,000 buah rumah.

Kerajaan PR Pulau Pinang pernah menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengurangkan tol jambatan Pulau Pinang dan membatalkan janji untuk memberi tol percuma di Perai Utara dengan alasan bukan kuasa kerajaan negeri.

Oleh itu, manifesto tersebut disifatkan hanya untuk meraih undi dalam pilihan raya semata-mata. Dalam PRU kali ini, BN dijangka akan membangkitkan isu tersebut dan kerajaan PR Pulau Pinang dijangka sukar untuk memberikan jawapan. Pada PRU kali ini, PR diramalkan tidak boleh berfikir mudah.
– Rencana Pengarang China Press (17/3/13)

No comments:

Post a Comment