Saturday 30 March 2013

PRU 13 : SEMANGAT MORAL JENTERA BN MERUDUM KERANA NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN?????

Salam buat semua..


Sudah sebulan kisah pembubaran parlimen diperkatakan. bermacam versi yang kita dengar. Dari Najib takut bubar parlimen sehingga kepada Najib akan letak jawatan sebelum bubar parlimen.

Kisah takut bubar dan letak jawatan ini hanya propaganda pembangkang untuk menjatuhkan semangat moral jentera parti BN. Mereka cuba memberi persepsi bahawa Barisan Nasional kini berada dalam ambang kejatuhan dan seolah rakyat masa kini begitu menyokong parti mereka.

Hakikat mereka juga sebenarnya dalam keadaan was-was tidak sekali kali ditonjolkan. Masakan tidak, kegagalan mereka merealisasikan manifesto di negeri Selangor sudah cukup menggerunkan mereka untuk membubar dewan undangan negeri itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim dah tiga kali memberi tarikh dari tahun lepas ke lepas chap goh mei hingga akhir sekali digembar gemburkan akan membubar dewan undangan negeri pada 22 April yang sememangnya telah diketahui bahawa dewan undangan negeri selangor akan terbubar sendiri pada 23 April.

Jika Pakatan Rakyat sendiri masih takut untik membubar Parlimen mengapa pula dipertikaikan Najib? Najib masih ada masa sehinggga 30 April seperti kenyataan SPR semalam. Jadi kalau Najib nak umum bubar Parlimen pada 29 April pun sebenarnya tak salah.

Memang kedengaran rasa kebimbangan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Masakan tidak, belumpun parlimen dibubarkan, rakyat dihidangkan dengan berbagai versi cerita  "menakutkan" yang akan dilakukan oleh pembangkang sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya kali ini.


Walaupun sebenarnya rasa kebimbangan itu tidak perlu wujud kerana orang Malaysia bukan jenis manusia yang tidak bertamaddun namun pengalaman beberapa kali program ''BERSIH" dan kejadian-kejadian terpencil di sana-sini seperti membaling batu ketika ceramah sedikit memberi rasa  gusar kepada rakyat.

Apalagi dengan isu Lahad Datu yang belum lagi berkesudahan dan  kaitan dengan pembangkang juga membuatkan rakyat begitu terasa "takut" dengan kehangatan pilihanraya kali ini.


Semalam pula, terbongkar satu surat yang didakwa dikeluarkan oleh pembangkang supaya diadakan keadaan yang boleh menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Namun apa yang diharapkan ialah rakyat akan keluar mengundi beramai-ramai untuk membuat pilihan yang tepat dan tidak memilih sesuatu yang belum pasti. 

Sesungguhnya kerajaan yang sedia ada ini telah berjaya membuktikan negara ini pesat membangun tanpa meninggalkan tuntutan agama, meningkatkan kemajuan bangsa dan negara dengan slogan 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment