Saturday, 23 March 2013

TERBARU : PHOTO-PHOTO TERBARU SNIPER WANITA YANG MENGGERUNKAN

LAHAD DATU – Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.

Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.

Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

“Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu,” kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment