Pengganas Kiram III semakin terdesak dan tertekan bilamana ABRI, ATM, PDRM dan TENTERA FILIPINA melakukan pengawasan sempadan dengan ketat.Perkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia.
Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.
Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa.
Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini. Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh.
Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.
Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - Kedahkini.
No comments:
Post a Comment