GAMBAR HIASAN |
PENCERAMAH Pas, Dato’ Nasuruddin Daud (ADUN Pas Meranti, Kelantan) dalam ceramahnya telah menyamakan pengundi BN di Kuala Besut bodoh seperti kambing.
Dalam ceramahnya malam tadi di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Nusuruddin berkata, kalau ada yang beri ayam atau kambing (merujuk kepada bantuan BN), ‘heret’ kambing tu.
“Cakap dengan kambing tu, aku ni cerdik dari kamu, sebab tu kamu kena turut aku, hey kambing!” ucapannya dalam ceramah malam tadi 22 Julai.
“Jika dia beri kambing, dan kita beri undi kita kepada dia, ertinya kita lebih bodoh dari kambing”, tambahnya lagi dalam ceramahnya berkempen bagi calon PAS N01, Che Long.
Menarik dan agak kelakar, beliau mungkin tidak menyedari apabila memberitahu orang cerdik dan waras untuk bercakap dengan kambing.
Penulis berpendapat, sebagai seorang wakil rakyat yang bergelar Ustaz tambahan dari parti yang melambangkan Islam, beliau seharusnya memikirkan sensitiviti dan menjaga adab ketika berkempen dalam bulan Ramadhan sebelum bertindak melabel pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut sebagai “BODOH SEPERTI KAMBING”.
Beberapa penduduk ketika ditemui amat kecewa dan sedih dengan kenyataan beliau. Ini kerana, sebagai pengundi yang berhak memilih kerajaan yang dikehendaki, tindakan seorang Ustaz melabelkan mereka “bodoh seperti kambing” menunjukkan PAS sendiri tidak mengamalkan demokrasi malah memperlekehkan dan menghina mereka yang memilih Barisan Nasional demi kemajuan Kuala Besut.
BN sebelum ini telah memenangi N01 dalam PRU13 dengan majoriti yang tinggi dari pengundi-pengundi Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment