Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan.
Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan
kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding
kontraktor-kontraktor lain.
Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred
Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan
rendah.
Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus
disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien.
Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi
menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.
Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah
sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Selain itu dakwaaannya menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu
dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk
menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan
dari mana-mana institusi.
Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah
mengenalinya setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau
banyak yang menimbulkan keraguan.
Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam
perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah
hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.
Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.
Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau
syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa
yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi
proksinya berada di belakang tadbir?
Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan
antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan
projek bernilai RM 11 juta tersebut.
Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar
merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan
untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.
No comments:
Post a Comment