Pembangunan adalah satu
agenda penting buat semua rakyat. Tanyalah siapa sahaja yang bergelar rakyat
kepada suatu kerajaan, jawapan pasti mereka ada agenda pembangunan seperti
sekolah, masjid dan tempat tinggal.
Bagi penduduk Pulau
Perhentian yang ditemui, mereka sangat berpuas hati dan bersyukur kerana
Allahyarham Dr A. Rahman Mokthar yang
merupakan anak jati Pulau Perhentian tidak pernah melupakan pembangunan di
pulau tersebut.
Encik Wahab Bin Che Mat, 52
tahun yang juga merupakan anak tempatan pulau yakin bahawa kerajaan Barisan
Nasional melalui calon pilihanraya N01 Kuala Besut akan meneruskan legasi yang
ditinggalkan oleh arwah.
“Kami bersyukur kerana arwah
telah merintis jalan untuk membina 3 blok rumah pangsa di sini. Sekarang tapak
rumah pangsa tersebut sedang dalam pembinaan, insyaallah segala masalah kami
akan selesai tak lama lagi”. Kata beliau sambil menyatakan keyakinan bahawa
pembinaan rumah pangsa tersebut akan diteruskan oleh Tengku Zaihan Bin Che Ku
Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment