Kuala Terengganu : Heboh dimainkan oleh pengamal media maya bahawa
Stadium Sultan Mizan runtuh buat kali kedua. Penulis dengan segera ke
tempat kejadian bagi menghubungi beberapa pekerja di sana untuk
mendapatkan gambaran yang sebenar tentang kejadian yang berlaku.
Apa yang melucukan adalah setibanya penulis di sana, khabar angin yang disebarkan adalah tidak tepat sama sekali.
Ini kerana Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses
untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada
bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula
sejak bulan lepas.
Proses ini dilakukan bagi menggantikan bumbung yang lebih sesuai bagi
stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam
erti kata lain, bumbung berkenaan ‘memang perlu dirobohkan’ kerana ianya
merupakan salah satu proses dalam penggantian bumbung baru.
Diharap pihak yang menyebar khabar angin dan gambar-gambar proses
pembinaan semula terutama dari pembangkang, tidak menjadikan perkara
sebagai satu isu dalam menunjukkan kecuaian mana-mana pihak dan
mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.
Secara peribadi, penulis melihat perbuatan menyebar fitnah seperti
ini menunjukkan kedangkalan tahap pemikiran politik pembangkang.
baca seterusnya di : sini
btul ke nie?? sy bru 5 mnit lepas dengar dari suria fm berita stadium sultan mizan runtuh pd jam 11:30 pg tadi,katanya 3 orang pekerja tercedera..
ReplyDeletemana satu yg btul??
kite dengar dari dua dua belah pihak lak..
ReplyDeletehttp://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/02/bumbung-stadium-sultan-mizan-runtuh-lagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJCFa+(Anak+Sungai+Derhaka)
tahu nye..nok cover line BN pun agak2 la..sah2 ada gambo org injured..pastu saing kt spital pun kata admitted mangsanya...x baik cakap nipu..mung ni x takut neraka ke???
ReplyDelete