Thursday, 21 February 2013

MAMPOS!!!! PASAR PAYANG PULA DIROBOH!!


Salam buat semua...



Raja Bahrin memang bercita-cita untuk menjadi Yang Berhormat di Kuala Terengganu. Hanya ALLAH yang tahu mengapa tiba-tiba Raja Bahrin membuat U-turn dengan menyokong pembangkang setelah berbagai projek yang beliau perolehi dari kerajaan negeri sebelum ini.

Orang orang kuat Raja Bahrin beredar dari Pasar Payang
Beberapa hari yang lalu Raja Bahrin telah mengunjungi Pasar Payang dengan beberapa "orang kuatnya" untuk mengajak peniaga membantah rancangan kerajaan negeri yang akan merobohkan Pasar Payang. 

Petugas sedang mengutip tandatangan peniaga
Dikhabarkan tandatangan peniaga juga di ambil sebagai tanda bantahan. Alasan bahawa pasar itu adalah bangunan warisan sebenarnya langsung tak masuk akal. Di Mekah dan Madinah juga ada bangunan bersejarah berkaitan dengan Islam juga ada yang diroboh dan dibina semula.

Macam biasa pembangkang akan menyembunyikan fakta sebenar. Apabila mereka war-warkan pasar tersebut akan dirobohkan, mereka memperlihatkan seolah-olah pasar itu akan diroboh semata-mata. Jika boleh mereka tidak mahu menyebut bahawa Pasar Payang akan dirobohkan dan dibina semula dengan kemudahan yang lebih canggih.

Ilustrasi PAsar Payang yang baru
Sebenarnya yang menjadi isu ialah penempatan bahagian pasar basah di situ akan dipindahkan ke Pasar Chabang 3.  Perkara itulah yang menjadi masalah besar pada peniaga kerana mereka tidak mahu berpindah dari Pasar Payang. Mereka telah lama berniaga di situ. Bagi peniaga tempat itu adalah punca rezeki sejak sekian lama. Tetapi pembangkang tidak bersungguh untuk membela mereka sebaliknya menghebohkan tempat itu akan dirobohkan.

Perjumpaan peniaga Pasar Payag denga MB Terengganu

Begitulah... apabila ada niat yang tidak baik, maka ALLAH tidak akan mengizinkannya. Perkara kedua yang menjadi episod duka buat Raja Bahrin apabila Menteri Besar mengumumkan bahawa pasar basah tidak akan dipindahkan. Setelah  Pasar Payang wajah baru siap, peniaga bahagian ikan, ayam dan sayur akan tetap berniaga di situ.

Kini Raja Bahrin tidak boleh lagi menjadikan isu Pasar Payang sebagai bahan modal dalam ceramahnya. Isu ini telah selesai. Perjumpaan peniaga dengan Menteri Besar Terengganu semalam telah mendapat kata sepakat bahawa PASAR BASAH AKAN TERUS BERADA DI PASAR PAYANG!!!! 

Ikuti kisah malang ke 3 pada jam 2.30 petang nanti.... 

1 comment:

  1. "Di Mekah dan Madinah juga ada bangunan bersejarah berkaitan dengan Islam juga ada yang diroboh dan dibina semula",sungguh bodoh penulis cuba justify perobohan pasar payang dgn situasi di mekah dan madinah dimana isu itu amat dicaci oleh semua umat islam serata dunia.Bodoh.

    ReplyDelete