Friday, 15 February 2013

RUMAH KOTAK : SUDAH SELESAI SEGALA MASALAH AZMA SI IBU TUNGGAL??


Salam buat semua...




Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu telah sampai khabar menyatakan masalah Azma, ibu tunggal yang mencari simpati di musim Pilihanraya telah selesai.


walaupun rumah Azma baru ada tiang..tak perlah janji PAS dah buat...

Pihak Pemuda PAS telah bersetuju untuk mendirikan rumah baru buat Azma. Tapi tak dapat Angin pstikan di mana. Apakah dekat dengan rumah ibunya di atas tanah yang telah diberikan kerajaan Terengganu?

Apapun memang menarik cerita Puan Azma. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Puteri di salah satu cawangan. Kemudian kerana suaminya meninggal, beliau berpindah ke rumah ibunya tetapi kerana mahukan rumah sendiri, dia berpindah pula ke rumah kotak yang dahulunya diduduki oleh ibu beliau.

Seperti yang pernah Angin tulis sebelum ini di SINI.

Menarik juga jika Angin maklumkan, Azma sebenarnya bukan anak jati Terengganu. Beliau memang tidak layak menerima bantuan rumah atau tanah di Terengganu. Namun atas dasar kemanusiaan, sebenarnya sesorang telah menawarkan sebuah ruma hernilai RM40ribu kepada beliau tetapi Azma menolak kerana lebih "terpikat" dengan tawaran yang dibuat oleh PAS.


Angin ingin sekali mengucapkan Tahniah kepada PAS yang mungkin  berjaya menarik Azma untuk menyokong parti itu untuk PRU13 nanti. 

Namun ada sesuatu yang Agin mushkil, di Paka PAS begitu hebat menggunakan isu Azma untuk menarik minat pengundi, konon PAS begitu suci dan sentiasa membantu rakyat, walaupun Paka tidak PAS menangi. Dicanangkan dengan gambar-gambar bagaimana pemuda PAS membina rumah Azma si ibu tunggal.

PAS sebenarnya hanya menutup bayang hitam disebalik layar putih sekeping gambar. Hakikat YB PAS yang tidak menjenguk rakyat di tempat-tempat yang dimenangi dalam PRU12 seperti DUN Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Ladang serta P036 Kuala Terengganu memang telah diketahui rakyat seluruh Terengganu.

Adun Wakaf Mempelam yang juga MP Kuala Terengganu Wahid Endut tidak pernah menjenguk rakyat disekeliling rumahnya. Malah jika ada kematian berdekatan dengan rumah beliau, hanya muslimah yang dihantar sebagai wakil. Begitulah senario sebenar yang berlaku.

Kisah Pemuda PAS membantu Azma si ibu tunggal hanya mahu menutup keburukan rupa sebenar parti itu. Sememangnya PAs akan mucul sebagai hero ditempat-tempat yang mereka rasakan akan menguntungkan mereka. 

Sebagai contoh Isu Ladang Gemilang. Wahid Endut, Tengku Hassan dan Raja Bahrin tiba-tiba muncul di sana kononnya ingin membantu penduduk menyelesaikan masalah. Masalah yang direka-reka untuk menunjukkan kejahatan orang lain. Sekurang-kurangnya dapat menutup kejahatan sendiri.

Kepada semua sahabat di Kuala Terengganu, Anda mesti masih ingat bagaimana susahnya mempertahankan P036 yang dimenangi dalam PRU12 yang lalu. 

Ketika diumumkan kemenangan PAS pada malam PKR Kuala Terengganu, berapa ramai orang umno yang menangis kerana kecewa. Tetapi Angin yakin lebih ramai rakyat yang menangis kerana kesilapan memilih parti (mungkin orang umno sendiri). Jadi marilah kita terus berusaha memastikan maruah kita di Kuala Terengganu tidak terus dicalarkan oleh insan-insan yang hanya akan menerima Gaji setiap bulan tetapi tidak pernah membantu rakyat.

Cukuplah kita ditipu mereka... marilah kita berganding bahu memastikan P036 akan kembali menjadi milik Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment