Baru-baru ini kecoh bila bumbung stadium runtuh kali ke 2. Banyak yang menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Terengganu.
Maka ramailah pencacai-pencacai yang marah... tak kurang yang mencarut di dalam FB dan blog masing-masing.
Kali ini Angin nak tengok jugak orang-orang ni bising tak bila sekolah kat Rusila tu terbakar untuk kali ke dua dalam tempoh tak sampai pun sebulan..... hurmmmm menjerit dan maki lah nak tengok??
Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di
Rusila, terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah
sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.
Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya
insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan
politik diri dan parti Pas.
Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh
berlaku di Sekolah Haji Hadi itu,,,,sesuatu pertunjuk kepada yang
benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.
Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak.
Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.
Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh
digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan
keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulamak Pas juga tidak
bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.
Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.
Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran.
Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin
dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan
pengajaran dan untuk direnungi.
Baca seterusnya di SINI
No comments:
Post a Comment