Percintaan yang boleh dianggap antara paling hangat tahun lalu dengan
bermulanya ungkapan ‘cinta hati saya’ oleh Shila Amzah terhadap Sharnaaz Ahmad seakan telah berakhir.
Ini semua selepas Sharnaaz mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak
mahu dikaitkan lagi dengan Shila Amzah mahupun keluarga yang kami kira
‘bekas’ kekasihnya itu.
Menurut Sharnaaz Ahmad apa yang berlaku sekarang di antara Shila dan keluarganya bukan lagi menjadi urusan penting bagi dirinya.
“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat
kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya
dalam nada yang tegas.
sumber : rotikaya
No comments:
Post a Comment