Thursday 14 February 2013

ZOO BUKIT TAKAL TERENGGANU AKAN DILELONG ???

Salam buat semua....




ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meneruskan tugas ‘rasminya’ sebagai pembohong bersiri dengan membuat fitnah yang dikitar semula mengenai Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman.
 
Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat dilihat tidak mahu mengambil peduli soal dosa menabur fitnah, asalkan penyokong totok parti itu disajikan pelbagai versi berita dan dakwaan liar secara berterusan sehingga PRU ke-13.

Itulah amalan parti PAS!

Permainan jahat Syed Azman dan pemimpin PAS yang lain dilihat begitu terdesak sehingga usaha kerajaan membina zoo pun dijadikan modal politik untuk meraih undi.

Apa sudah jadi dengan Syed Azman? Sampai bila pemimpin PAS itu mahu keras kepala dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Terengganu dan UMNO?

Kenapa Syed Azman dan PAS menjadi terlalu jahat? Adakah kerana mereka takut kalah pada PRU ke-13?

Fitnah itu diulang-ulang sejak tahun lalu sehingga hari ini dalam ceramah-ceramah PAS.

Tahun lalu, dakwaan PAS yang terkandung dalam risalah “Zoo Bukit Takal”, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang bertanggungjawab dalam membangun dan menguruskan zoo itu menafikan sekeras-kerasnya.


Menurut Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid, dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai itu terkandung senarai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli haiwan bagi ditempatkan di zoo berkenaan.

Mustafar berkata, kandungan itu adalah tidak tepat, mengelirukan dan merupakan satu fitnah yang menjejaskan reputasi MPK sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Zoo Bukit Takal.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat MPK jam 4.25 petang di Balai Polis Chukai, 12 September 2012 setelah mengamati kandungan fakta dalam risalah itu tidak benar yang mana risalah itu dibawa balik kakitangan kepejabat MPK pada 7 September.


BACA SETERUSNYA DI : SINI

No comments:

Post a Comment