Tuesday 26 February 2013

TAHNIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU


Salam buat semua....

Jika sebelum ini Raja Bahrin menggunaka isu sewa dan hak penduduk kampung Ladang Tok Pelam yang kini tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang 1 sebagai tiket untuk menjadi YB, kini semuanya dah hancur.


Isu itu juga telah diselesaikan  apabila YAB Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa Pangsapuri Ladang Gemilang 1 akan menjadi milik penghuni selepas tamat tempoh 3 tahun membayar "sewa" seperti perjanjian asal.








Satu Majlis menandatangani perjanjian sewa beli akan diadakan selepas bulan September iaitu bulan terakhir tempoh 3 tahun itu.



Lebih beruntung ialah jumlah sewa yang dibayar setiap bulan sebanyak RM220.00 (bayaran bulanan RM300.00 tolak maintenance RM80.00) akan dikumpul sebagai bayaran pendahuluan kepada perjanjian sewa beli tersebut.



Maka sebagai Kerajaan Rakyat (Janji Ditepati) segala keluh kesah penduduk selama ini terjawab. Memang suatu ketika dahulu MB Terengganu telah memberi jaminan bahawa rumah di pangsapuri itu akan menjadi milik penghuni satu masa nanti tetapi apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab datang menghasut, mereka menjadi keliru dan marah.








Tapi kini semua penduduk menarik nafas lega. Apalagi harga pasaran satu unit Ladang Gemilang 1 ialah RM150,000 tetapi atas keprihatinan kerajaan subsidi yang diberikan ialah RM75,000. Maka rumah yang begitu selesa itu hanya bernilai RM75,000 sahaja.



Mana ada pangsapuri dalam bandar yang tersergam indah sebegitu dijual dengan harga begitu rendah. HANYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU yang melakukannya demi rakyat.

No comments:

Post a Comment