Thursday 7 February 2013

DAP GEMBIRA DAPAT PERKUDAKAN PAS???

Salam buat semua....





Pada 5 Januari lalu, satu demonstrasi  telah diadakan di Kemaman yang melibatkan kumpulan yang dipercayai penyokong PAS. Mereka berhimpun bagi menunjukkan perasaan marah terhadap kebiadapan DAP yang membangkitkan semula isu Kalimah ALLAH oleh Lim Guan Eng dan kemudian Karpal yang seolah tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk tidak membenarkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan ISLAM.


Mulanya Angin merasa begitu teruja apabila melihat gambar-gambar yang dikirimkan kepada Angin. Kembang rasa hati bila melihat PAS yang mahu berdemo sedemikian. (walaupun Angin tak akan pangkah PAS dalam mana-mana pilihanraya pun). 

Namun tiba-tiba Angin mendapat berita bahawa dua laporan polis telah dibuat oleh PAS Kemaman berkaitan demonstrasi tersebut. Laporan yang dibuat oleh Hanafiah Mat  dan Ismail Bin Harun yang masing-masing merupakan Penolong Setiausaha PAS Terengganu dan  YDP PAS Kemaman. Turut hadir ketika laporan dibuat ialah Hazri Bin Jusoh iaitu Timbalan YDP Pas Kemaman dan Alias Hamid yang merupakan Setiausaha PAS Kemaman. Mereka menafikan penglibatan PAS Kemaman dalam demonstrasi tersebut yang kononya boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Kadang-kadang tertanya jugak, bila ada ahli yang pijak gambar pemimpin  DAP mereka kata akan mencetuskan ketegangan antara kaum. tapi bila ada yang pijak gambar Perdana Menteri yang sebangsa dengan mereka, kenapa pulak mereka diam tak bersuara pun??

Mungkin naluri Angin benar untuk tidak akan menyokong PAS sampai bila-bila kerana laporan penafian yang dibuat itu membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah. 

PAS membuktikan bahawa parti itu hanya parti picisan yang telah dicucuk hidung oleh PKR dan DAP. Pasti ada suara-suara ghaib yang "sound" pada mereka-mereka ini supaya membuat penafian kerana takut mereka kehilangan undi bukan islan. Walaupun mungkin ada dikalangan ahli-ahli mereka yang berani seperti pendemo-pendemo yang hadir diperhimpunan tersebut namun mereka rupa-rupanya tidak mendapat restu dari pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Inilah wajah sebenar pemimpin PAS yang tidak berpendirian. Mereka hanya ingin menjaga periuk nasi mereka, mereka tidak hargai perjuangan ahli-ahli yang bersungguh-sungguh seperti peserta perhimpunan tersebut. Malah ini adalah bukti bahawa PAS sebenarnya tidak mempertahankan kalimah suci itu. 

Sepertimana yang pernah Angin katakan dalam artikel terdahulu bahawa kejujuran PAS dalam berjuang mempertahankan kalimah ALLAH amat meragukan. Kejadian ini seolah-olah membuktikan kebenarnya. Mana tidaknya Haji Hadi selaku presiden telah membuat kenyataan ahkbar bersama Anwar bahawa bukan ISLAM boleh memggunakan kalimah itu. Majlis Syura Ulamak yang membuat pendirian sebaliknya selepas itu tidak mendapat respon yang baik dari Karpal Singh. Kemudian Haji Hadi hanyalah berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan Majlis Syura. 

Kini apabila laporan polis dibuat untuk menafikan penglibatan PAS dalam demostrasi membantah DAP dan mempertahankan Kalimah ALLAH  maka ianya mengesahkan bahawa keputusan Majlis Syura Ulama sebenarnya tidak digunapakai oleh Pemimpin PAS. Mereka sebenarnya tidak akan mempertahankan kalimah ALLAH.

Angin : Nak tanya Nik Aziz, keputusan Majlis Syura yang diketuai oleh tuan sebenarnya tak laku pun. Mungkin sebab tuan dah tua.... cakap tuan tak boleh dipakai dah....tak terasa ke???







No comments:

Post a Comment