Saturday, 23 February 2013

WAHID ENDUT MATI HIDUP SEMULA??


Salam buat  semua...



Pesuruh Jaya PAS Terengganu YB Wahid Endut yang disangka telah mati hampir 4 tahun lalu, ditemui kembali malam tadi. Beliau dikatakan telah datang berceramah di Kg Wakaf Mempelam.

Wahid Endut yang telah menjadi YB di Wakaf Mempelam hampir 16 tahun dikatakan tidak pernah turun menemui rakyat sejak memenangi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu pada tahun 2009 sehingga beliau disangka telah mati.

Rumah besar milik beliau yang terletak di Kg Seberang Baruh dikatakan sentiasa tertutup seperti tidak berpenghuni. Semasa ada 2 kematian di Kampung Kubang Parit yang hanya 800 meter dari rumahnya, dia langsung tak datang menjengah

Tiba-tiba malam tadi dia keluar entah dari gua mana dan menabur janji lagi. Yang menariknya dia datang seolah-olah dia tidak pernah bersalah kepada rakyat Kuala Terengganu ataupun rakyat Wakaf Mempelam yang dimenangi lebih satu dekad yang lalu.

Angin rasa memang pemimpin PAS Terengganu yang sorang ni jenis yang tak tahu malu. Makan gaji buta sebagai YB DUN dan Ahli Parlimen. Satu benda tak buat untuk rakyat. Tersengih-sengih bersalam dengan penganut PAS yang masih bodoh di tipu oleh beliau.

Namun Angin yakin hanya tinggal 2 3 kerat lagi manusia yang tak ada otak yang akan pilih beliau dalam pru13 nanti. Buktinya sekarang Wakaf Mempelam sedang dilanda Gelombang Biru. Bendera biru dengan penuh semangat oleh penduduk-penduduk. 

Sebab itu Wahid Endut  dikatakan teringin sangat nak bertanding di DUN Bandar. Dia telah tahu orang Wakaf Mempelam dah tolak dia sebab di seorang YB tidur makan gaji buta. Dia yakin boleh menang di sana. Dia mengharapkan undi bukan melayu yang konon menyokong PAS.

Walau apapun, Angin yakin walau di letak dimana pun si tidur ni, dia akan kalah dan kalah teruk.Semoga dia sedar dia dah tak laku bukan saja oleh penyokong Barisan Nasional, malah penyokong PAS pun dah menyampah tengok dia. Buktinya seorang penyokong PAS tegar Wakaf Mempelam dilihat memasang bendera Barisan Nasional. 

Baca cerita lain tentang YB tidur di SINI


No comments:

Post a Comment