Thursday 21 February 2013

APA PERJANJIAN PAS DENGAN RAJA BAHRIN???

Salam buat semua...



KALAU KERAJAAN PAS KELANTAN terbongkar rahsianya baru-baru ini memberi tanah yang mengandungi BALAK 10,526 hektar pada syarikat Upayapadu Plantation milik para pemimpin DAP Perak.

Kerajaan Terengganu pula pernah memberikan 10,000 ekar kepada kroninya waktu itu tahun 2000, Dato’ Hishamuddin Yahya, Pengerusi Akhbar HARAKAH, lidah rasmi parti PAS.

Syarikat yang dipengerusikan oleh Dato’ Hishamudin itu ialah North East Plantation Sdn.Bhd.Rupanya puak juak Pas bercakap tentang kebajikan untuk rakyat dan Negara Kebajikan tetapi yang pastinya sanggup mengaut harta negeri dan rakyat untuk poket sendiri, bukan seeker dua, bukan puluh ekar tetapi PULUH RIBU EKAR DI TERENGGANU,

MALAH PULUH RIBU HEKTAR DI KELANTAN. Kebajikan apakah itu, kalau mengkhianati harta rakyat dan negeri sendiri!Jahat teramat jahat puak-puak yang pandai memutar-belit cakap, menggunakan ayat-ayat Allah konon mereka adalah di landasan Islam tetapi sebenarnya mereka bersama-sama SYAITAN yang TAMAK HALOBA.

Perbuatan jahat meluluskan tanah kawasan BALAK Hutan SIMPAN MUKIM BESOL HULU PAKA DAERAH DUNGUN KEPADA KRONI atau sahabat handai ini dikesan dilakukan oleh Kerajaan Pas semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah Pas atau lebih dikenali Mesyuarat Exco pada 15 November tahun 2000 hanya setahun selepas berkuasa.

Iaitu Mesyuarat kali ke 35 Tahun 2000 yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS.Alamat syarikat itu North East Plantation milik Pengerusi AKHBAR HARAKAH itu ialah No 5, Jln 65 C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur.Kononnya kelulusan diberikan kepada syarikat KRONI PAS itu adalah untuk ternak lembu dan tanam sawit.

No comments:

Post a Comment