Thursday, 7 February 2013

RUMAH KOTAK : TAGIH SIMPATI DIMUSIM PILIHANRAYA???

Salam buat semua....



Sedih melihat kehidupan Puan Azma Mohd Zin yang kini tinggal di rumah "kotak" di Telaga Mas yang terletak dalam Dun Paka Terengganu.  Apabila keluar berita ini maka terlompat-lompat kera-kera kegembiraan kerana kononya telah dapat memalukan Barisan Nasional.

Namun Angin yakin mesti ada cerita disebalik kisah sedih ini.  Lalu Angin pun bertiup ke  Paka. Kemudian sampailah berita.....

Rumah kotak tempat tinggal Azma sekarang adalah rumah ibu beliau yang dibina sebelum ini sementara menunggu rumah barunya siap. Setelah rumah itu siap, ibunya berpindah ke rumah tersebut.Apabila Azma kematian suami pada tahun 2010 beliau telah membawa anak-anaknya tinggal dirumah ibunya.

Kemudian entah mengapa, dengan alasan tidak mahu tinggal bersama-sama ibunya beliau membawa pula anak-anaknya berpindah di rumah kotak itu. Semasa tinggal di rumah kotak itulah Azma membuat permohonan untuk mendapatkan rumah PPRT dari JKKK kg Telaga Mas.

Pastinya untuk memohon rumah PPRT, akan ada syarat-syaratnya seperti memiliki tanah atas nama sendiri. Jadi permohonan tersebut tidak dapat diluluskan kerana Azma tidak mempunyai tanah milik sendiri dan beliau sendiri sebenarnya baru 2 tahun berpindah ke Paka. Jika Azma mempunyai tanah sendiri sekalipun, Angin yakin ramai lagi yang memohon sebelum beliau. Jadi jika JKKK Telaga Mas mendahulukan permohonan Azma, pada angin JKKK ini telah melakukan sesuatu yang tidak adil.

Mungkin kerana itulah Azma begitu bersungguh-sungguh mencari nombor telefon wartawan sinar harian agar berita kesusahan beliau mendapat perhatian dari pebagai pihak, samada kerajaan atau PAS.  Azma seolah-olah cuba mendesak. Apakah Azma ingin mengambil kesempatan di atas musim pilihanraya sekarang ini???

Lagi pun Angin rasa Azma mempunyai pilihan untuk tinggal dirumah ibunya. Kenapa Azma sengaja membawa anak-anaknya tinggal di rumah kotak itu sedang ibunya hanya tinggal berdua bersama bapa tirinya. Tidakkah beliau ingin berbakti kepada ibu dan bapa tirinya yang telah tua? Alasan tidak mahu menyusahkan ibunya membuka pintu setiap pagi seperti di dalam video di bawah sebenarnya tidak boleh diterima kerana rumah sekarang bukan macam rumah dulu-dulu yang menggunakan penyelak. Beliau sengaja tinggal di rumah kotak itu untuk menagih simpati.

Sebelum sahabat pembaca menonton video di bawah, Angin ingin memohon agar ianya di tonton dengan minda yang terbuka, lihat dengan mata hati.... 

1) di minit 6.04 azma berkata beliau sengaja membeli sinar untuk mengadu. Mungkinkah ada agenda tersembunyi disebalik berita beliau di sinar harian??

2) Ketika ditanya berapa lama dah meohon rumah? - Beliau menjawap 7 8 tahun sedang beliau baru saja berpindah ke Paka pada tahun 2010.

3)  soalan wartawan di minit 6.28 amat menarik hati Angin,  Wartawan bertanya " Sebagai YB patut tak..... lalu Azma menjawap "tanggungjawab dia, amanah dia suruh rakyat ni senang ke susah...... wartawan yang bertanya mungkin dari buletin online milik PAS tetapi sebenarnya jika kita lihat dalam konteks di Terengganu boleh dikatakan ke semua YB Pas di sini tidak memberi service kepada rakyat. Wahid endut, Ahli parlimen Kuala Terengganu dan Adun Wakaf Mempelam terus tenggelam bersama gaji setiap bulan, hinggakan jika ada kematian berdekatan dengan rumahnya pun, dia tidak datang melawat. Kedatangan wakil PAS dalam video di bawah hanya sekadar menangguk di air keruh, mengambil peluang di musim pilihanraya semata-mata.



Sebelum tamatkan artikel ini Angin tanya ni :
betul ke rumah ibu Azma ni pun rumah PPRT pemberian kerajaan negeri di atas tanah yang juga di hadiah oleh kerajaan negeri?? Kalau betul memang Azma ni seorang yang pentingkan diri sendiri....

No comments:

Post a Comment