KUALA LUMPUR: Pengarah dan penulis skrip teater muzikal Asmara Songsang,
Rahman Adam menjelaskan karya terbaharunya itu turut menyentuh tentang
penglibatan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)
dalam senario politik semasa.
Rahman berkata, beliau bukan secara sengaja memasukkan elemen
tersebut tetapi hanya menggambarkan situasi sebenar yang pernah berlaku
sesuai dengan skrip yang ditulis.
"Saya akui secara tidak langsung ada beberapa babak yang
menggambarkan golongan ini (LGBT) ada terlibat dengan politik,
perhimpunan jalanan dan sebagainya.
"Namun saya tidak tujukan senario itu kepada pihak tertentu kerana ia hanya dibuat secara am sahaja," jelasnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran teater muzikal tersebut di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Tambah Rahman, beliau sedar tindakan itu akan mendapat bantahan
daripada segelintir pihak namun dia tetap optimis dalam menghidupkan
jalan cerita teater muzikal tersebut.
Rahman Adnan |
"Saya sudah bersedia dikritik kerana perkara itu tetapi paling penting mesej yang ingin disampaikan tercapai," katanya.
Asmara Songsang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac depan. Ia boleh disaksikan secara percuma.
Pementasan ini membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan,
Julia Ziegler, Kamal Adli, Radhi Khalid, Razak Ahmad, Najwa P. Ramlee
dan Abby Rossidi.
Dalam pada itu, Rahman berkata, teater muzikal itu lebih memfokuskan
kepada gambaran situasi sebenar kehidupan LGBT dan aktiviti gelap yang
tidak diketahui masyarakat.
Kata beliau, adalah amat penting ia dipaparkan bagi membuka minda
masyarakat bahawa gejala tersebut semakin meruncing tanpa disedari.
"Pementasan teater ini adalah sebagai satu usaha membantu kerajaan
untuk menentang kewujudan LGBT yang semakin menular di kalangan remaja
dan situasi ini agak membimbangkan.
"Malah ia dapat membuka mata masyarakat terutama ibu bapa yang
menonton bahawa perkara itu boleh terjadi di kalangan anak-anak mereka
jika gambaran sebenar tidak disampaikan," jelasnya.
Sementara itu, Rahman berkata, teater ini juga agak menarik apabila
ia menggabungkan tiga generasi pelakon yang masing-masing mempunyai
kelebihan tersendiri.
Tidak mengharap keuntungan daripada pementasan itu, Rahman berkata,
ia lebih kepada tanggungjawab sosial kepada masyarakat mengenai masalah
yang berlaku.
"Kita juga berhasrat untuk membawa teater muzikal ini ke negeri lain
dan setakat ini sudah ada beberapa pihak bersetuju,” katanya.
Sumber : Mstar
No comments:
Post a Comment