Friday 15 February 2013

18sx : KISAH LEBAI PAS?? - SAMBUNGAN

Salam buat semua...

HIASAN

Seperti Angin janjikan malam tadi. Pukul 2.00 ni, Angin nak ceritakan bagaimana ada lebai-lebai yang boleh menukar hukum yang mereka keluarkan untuk kepentingan diri semata-mata.

Cerita ke2 ini, Angin dengar dari YAB Menteri Besar Terengganu ketika berucap di Perhimpunan Barisan 1Malaysia yang diadakan di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man semalam. Kemudian Angin olah  untuk menambahkan perisa....

Kisahnya begini...

Di satu kampung  ada seorang Lebai yang mengajar di sebuah surau. Biasanya dia akan mengajar kuliah subuh. Suatu hari dia terpandang seorang wanita yang bersama-sama jemaah mendengar kuliahnya. Dia telah jatuh cinta kepada wanita tersebut. Lalu dia mencari siapakah wanita ini sebenarnya.

Dipendekkan cerita, dia mendapat tahu  wanita itu adalah isteri kepada salah seorang anak muridnya (Hamid) yang sangat rajin datang ke surau untuk mendengar kuliahnya. Dia mula mencari helah. Dia meminta agar dapat mengajar setiap hari di surau itu. Setiap pagi dia akan datang awal untuk melihat apa kebiasaan yang Hamid lakukan sepanjang berada di surau.. 

Suatu hari, dia mendapat akal, dia melihat Hamid masuk ke dalam tandas. Dia tahu di dalam tandas itu, jika mahu buang air besar atau kecil, mesti mengadap kiblat.

Lalu semasa mengajar, Lebai berkata " Barang siapa yang buang air besar atau air kecil pada pagi ini dengan mengadap kiblat, maka dia mesti menceraikan isterinya"

Resahlah Hamid mendengar kata-kata Lebai itu, dia menunggu sehingga kuliah subuh itu selesai. Apabila semua orang sudah pulang, Hamid cepat-cepat menemui lebai lalu bertanya " Lebai, macamana dengan saya ni, tadi saya buang air kecil, kebetulan surau ni tandasnya mengadap kiblat, apa yang perlu saya buat?", kembang hati lebai mendengar pertanyaan Hamid lalu berkata "Sememangnya kamu mesti menceraikan isterimu". 

Tanpa membuang masa Hamid terus pulang lalu diceraikannya isterinya. Selesai sahaja edah, Hamid mendapat tahu isterinya telah bernikah dengan lebai tersebut. Marah Hamid bukan kepalang, baru dia sedar dia telah ditipu.

Hamid pun mencari jalan untuk mengenakan lebai itu semula. Setiap hari Hamid akan datang awal ke surau dengan harapan dapat melihat Lebai masuk ke tandas. 

Nasib Hamid baik, bila satu pagi dia melihat Lebai telah masuk ke tandas. Setelah selesai kuliah dan semua orang telah pulang, Hamid cepat-cepat mengadap Lebai lalu berkata " Ustaz, apakah hukum orang yang membuang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat telah bertukar?", Lebai terkejut mendengar pertanyaan Hamid lalu menjawab " Tidak, masih sama... setiap orang yang ketika membuang air besar atau kecil mengadap kiblat, mesti menceraikan isterinya". Hamid tersenyum lalu berkata " Tadi, bukankah ustaz masuk ke tandas surau, bermakna ustaz telah mengadap kiblat ketika buang air. Jadi bila ustaz nak cerai isteri ustaz". 

Kali ini Lebai pula yang tersenyum, katanya " Memang saya buang air kecil tadi, tubuh saya mengadap kiblat tetapi "ANU" saya, saya hadapkan ke arah lain"

ANGIN: Begitulah kisah lebai yang sentiasa mencari helah demi kepentingan dirinya sendiri. Biarpun dia pernah mengucapkan mesti menceraikan isteri ketika perkara itu tidak menyebelahinya, tetapi akan mencari helah agar dia tidak dilihat bersalah jika satu-satu perkara itu menampakkan kejahatannya.

Bukankah perkara ini sama seperti yang berlaku sekarang?  Pembangkang terutamanya PAS sentiasa mencari helah untuk menunjukkan mereka sebenar suci dari sebarang dosa kata-kata atau hukum yang mereka sendiri keluarkan.

No comments:

Post a Comment