Monday, 18 February 2013

Diam Bukan Bermaksud Aku Mudah Dipijak – Sharnaaz Ahmad


Salam buat semua...

 
Kesian jugak Abang Nara kat Sharnaaz Ahmad ini. Sudahlah kecewa putus cinta tak habis lagi, tup-tup ada pulak suratkhabar yang menyiarkan kenyataan yang tidak pernah keluar daripada mulutnya. Kenyataan palsulah kiranya.

Nasib baiklah dunia sekarang penuh dengan teknologi yang memudahkan komunikasi. Sharnaaz meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara tersebut menerusi akaun Twitternya. Nasib baik Sharnaaz bagitau. Kalau tak mesti semua orang percaya bulat-bulat apa yang ditulis di suratkhabar itu.



Abang Nara tak tahu suratkhabar mana satu yang memutarbelitkan kenyataan Sharnaaz. Apa pun diharap Sharnaaz bersabar. Biasalah kontroversi pasal anda tengah panas. Pasti ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memanaskan lagi cerita. Yang penting anda tahu cerita yang sebenar.

sumber : SINI

No comments:

Post a Comment