Friday, 8 February 2013

TANPA BN ANAK RAJA BAHRIN MUNGKIN MURTAD??

Salam buat semua....





 
Siapa tidak kenal dengan individu bernama Dato' Raja Bahrin Shah raja Ahmad. Seorang arkitek terkenal dari Terengganu yang mana melalui syarikatnya Seribahri Arkitek banyak mendapat projek-projek besar dari kerajaan BN.

Antara projek berprofil tinggi yang diberi ialah dengan menjadi arkitek kepada Stadium Sultan Mizan yang telah runtuh bumbungnya pada 2 Jun 2009 disebabkan kehebatan tokoh ini.

Pada tahun 1981 beliau telah berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis warga Australia dan dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Mohamad Baharuddin dan Raja Shahirah.

Pada tahun 1985, dua anaknya telah dilarikan oleh isterinya yang telah kembali ke agama asala (murtad) ke Australia . Selama 7 tahun Raja Bahrin cuba mendapatkan semula anak-anaknya melalui Mahkamah Keluarga Australia.

Akibat kegagalan Raja Bahrin mempertahankan akidah Jacqueline, dua orang anaknya itu hampir tidak dapat diselamatkan dari pengaruh kristianisasi.

Kerajaan Barisan Nasional  telah cuba untuk mempermudahkan dan membantu usaha Raja Bahrin membawa pulang kedua anaknya itu. Namun atas karenah birokrasi pihak Australia menyukarkan proses tersebut. Akhirnya dengan bantuan seorang rakyat Australia Raja Bahrin berjaya membawa lari kedua anaknya menggunakan kapal nelayan melalui Perairan Indonesia sehingga ke Sabah.

Demi memastikan dan menjamin keselamatan Raja Bahrin dan anak-anaknya, kerajaan Malaysia telah menghantar kapal TLDM untuk mencari dan mengiringi mereka pulang. 
 
Setelah semuanya selamat berada di Malaysia, PDRM telah menghantar pasukan  untuk mengawal kediaman Raja Bahrin Pasukan Keselamatan juga diarah untuk mengawal keselamatan kedua-dua anaknya sehingga ke sekolah. Pernah diceritakan ketika anak-anak Raja Bahrin menyertai acara larian , "bodygaurd" mereka turut berlari demi menjaga keselamatan mereka.

Namun kini setelah hampir 3 dekad dengan limpahan projek yang diberikan oleh kerajaan BN kepada Raja Bahrin. Hari ini dia telah berdiri membelakangi orang yang pernah berjasa kepadanya selama ini. Sungguh tidak bersyukur makhluk Allah ini.

Mengapa agaknya dia bertindak sedemikian?

Adakah kerana takut dipersalahkan atas kejadian bumbung stadium yang runtuh? Atau

Adakah sebagai satu cara untuk membersihkan diri atas segala kesalahannya kepada rakyat Terengganu dengan menyalahkan kerajaan yang memerintah? (taktik lapuk PAS).

Pendek kata amat mudah untuk menuding jari kepada orang lain tetapi ingatlah satu jari ke arah orang lain, 3 jari lagi ke arah diri sendiri.

PS: Juga sebagai peringatan kepada diri DC sendiri. Dengar-dengar cerita Raja Bahrin ada skandal baru dengan artis bergelar janda yang menjadi penceramah Pas sekarang. Ada juga dengar cerita Raja bahrin adalah nama yang disebut-sebut untuk menjadi MB Terengganu jika Pas merampas Terengganu dari BN
 
Sumber : NALURI RAKYAT

No comments:

Post a Comment