DARI
awal lagi memang penulis tidak berkenan dengan Azhar Idrus ini. Ini
bukan pendirian yang dibuat-buat tapi berdasarkan pemerhatian dan banyak
maklumat dalaman yang tidak enak mengenai penceramah bebas ini.
Walaupun dia sering di lihat di dalam program-program Pakatan Rakyat
tapi sebetulnya, Azhar Idrus lebih banyak terlibat dengan
program-program dakwah yang dianjurkan UMNO, melalui proksi-proksi
mereka tanpa disedari sesiapa.
Sebab itu jangan terkejut kalau Azhari Idrus diberi liputan media
arus perdana setiap kali terlibat dalam program dakwah yang dianjurkan
proksi UMNO sejak kebelakangan ini.
Terbaru bila Azhar Idrus menjadi tumpuan pemberitaan dalam
jentera propaganda nombor satu BN, TV3 berikutan kejayaan program Wacana
Al-Quran di Kuantan yang dihadiri lebih 100,000 orang.
Dari segi sejarahnya, amat jarang atau tidak pernah sama sekali
individu yang mempunyai kaitan dengan pembangkang di negara ini mendapat
liputan agensi media milik UMNO seperti TV3, Utusan dan sebagainya.
Tapi dalam kes ini semacam ada pengecualian.
Sebelum ini pun, Astro memberikan Azhar Idrus satu slot khas yang dipanggil Kemah Keming di saluran Oasis. Astro juga khabarnya dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh UMNO melalui proksi-proksi mereka.
Apakah puncanya, kenapa sekarang? Adakah kerana Azhar Idrus mampu
menarik puluhan ribu orang hadir mendengar ceramahnya? Kalau itulah
alasannya, sepatutnya TV3 sudah memberi liputan kepada Azhar Idrus sejak
dulu lagi, bukan sekarang.
Selain itu, tindakan kerajaan UMNO Pahang membenarkan Azhar
Idrus menggunakan Stadium Darul Makmur sebagai lokasi ceramah juga
menimbulkan pertanyaan. Bukan rahsia UMNO sering menghalang
Azhar Idrus dari menggunakan stadium atau venue yang mempunyai kaitan
dengan kerajaan pimpinan mereka.
Semua tentu masih ingat bagaimana pada tahun lepas, Azhar Idrus dihalang dari menggunakan Putrajaya International Convention Center (PICC)
walaupun segala persiapan ceramah agamanya telah dibuat. Tapi sekarang
mudah sahaja Azhar Idrus dibenar untuk menggunakan Stadium Darul
Makmur?
Apa muslihatnya?
Baca berita seterusnya di SINI
No comments:
Post a Comment