Wednesday 13 February 2013

KULIAH MAGHRIB : APABILA SUAMI ISTERI SALING MENYINTAI :ANAK SOLEH BAKAL DIKURNIAKAN.

 Salam buat semua...


Kali ini Angin ternampak satu tulisan di dalam FB Angin... Apabila membacanya Angin rasa tersentuh dan ingin kongsikannya bersama rakan-rakan. Apalagi di bawah posting tersebut ada kebenaran diberi supaya kita share... Jom kita baca bersama semoga mendapat sedikit ilmu dari penulis ini... Terima kasih kepada mereka yang membenarkan perkongsian ini..


Seronok saya baca cerita dari Prof Dr Muhaya mengenai temubual beliau dengan ibu kepada Ustaz kesayangan ramai, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:

"Saya berkesempa
tan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Betul lah apa yang selalu dikata...asuhan yang baik sewaktu anak-anak masih kecil, masih bayi dan juga ketika di dalam kandungan lagi boleh melahirkan seorang anak yang soleh, mendengar kata dan yang penting taat kepada agama.

Dearest suami semua...take part juga dalam penyusuan baby anda...sokongan anda kepada isteri terchenta tersangat berharga buat para isteri untuk memastikan penyusuan secara eksklusif dapat diteruskan sehingga anak-anak berusia 2 tahun atau lebih...demi manfaat semua...


Jemput Like, Share dan Tag buat pedoman dan panduan kita bersama...InsyaALLAH..


Salam Sayang: Admin My Little Yaya

No comments:

Post a Comment