Thursday 7 February 2013

PANAS!!!! : KISAH ADUN LADANG ramPAS ISTERI ORANG

Salam buat semua...



Berita perbuatan 'tidak senonoh' ADUN PAS Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang didakwa merampas isteri penyokongnya bukan lagi menjadi santapan telinga di kedai-kedai kopi, malah sudah menjalar masuk 'online'. 

Berikutan itu, satu pertemuan telah diadakan antara mangsa yang dikenali sebagai Fendi dengan beberapa rakan blogger. Dalam pertemuan itu mangsa telah menceritakan bagaimana dia mengenali Dato' Tengku Hassan. 

Fendi mula mengesyaki hubungan sulit YB PAS itu dengan bekas isterinya apabila melihat kereta kepunyaan bekas isterinya diletakkan di garaj rumah wakil rakyat itu. 

Dari situ bermulalah kisah titik-titik kehancuran mahligai rumah tangga yang beliau dirikan.

 

Video di atas adalah sebahagian dari temuramah yang memakan masa 1:05 minit. Fendi menceritakan bagaimana Dato' Tengku Hassan telah mendapatkan khidmat isterinya untuk mengurut. 

Namun semakin hari YB semakin kerap meminta beliau membawa bekas isterinya ke rumah YB atau YB sendiri telah datang ke rumah beliau. 

Pernah kerana terlalu lama mengurut, beliau tertidur di ruang tamu rumah YB. Apa sebenarnya yang berlaku?? Mengurut atau apa???

Ikuti kisah selanjutnya bagaimana pertemuan sulit yang diadakan di Kuala Lumpur antara bekas isterinya dan YB dengan alasan perniagaan. 

Juga benarkah Tengku Hassan menawarkan modal berjumlah RM20 ribu untuk menjalankan perniagaan MLM sebagai gula-gula untuk memikat hati isteri mangsa?

Segalanya akan dibongkar mulai esok!!!

1 comment:

  1. yang si suami pun boleh hantar dan siap tunggu lagi isteri mengurut lelaki yang bukan muhrim...apahal? tak terlintas apa2 ke?

    ReplyDelete