Salam buat semua.....
Catriona
Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross
melahirkan rasa sedihnya dan menasihati sesiapa sahaja termasuk artis
yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh
menarik semula hidayah itu sekelip mata. Walaupun tidak menyebut secara
langsung nama mereka yang beliua maksudkan berhubung isu yang
dibangkitkan ini, namun rata-rata peminat seni tanahair yakin beliau
merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Abby Abadi dan
Bob Lokman
Abby
Abadi dan Bob Lokman sebelum ini mengatakan ingin berhijrah kearah yang
kononnya lebih Islamik kerana hidayah yang diterima dari Allah swt.
Sejurus selepas menyatakan sokongan terbuka kepada pakatan pembangkang,
mereka telah diangkat sebagai penceramah pakatan dan mula mengeluarkan
kenyataan menghina dan merendah-rendahkan artis lain.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut
mengkritik dan menyalahkan kerajaan ketika menyampaikan ceramah di
pentas pembangkang kerana dikatakan telah gagal memastikan syiar Islam
terus berkembang di negara ini.
Selain dari itu, bekas isteri kepada
pelakon Norman Hakim itu sebelum ini pernah mengatakan pelakon yang
bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram
rezeki yang diperolehinya. Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat,
bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki
kita itu adalah haram.
Abby juga sebelum ini yang pernah
dikaitkan dengan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan
tetapi ketika ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan arkitek
terkenal Dato Raja Kamarul Bahrin.
Catriona ketika diminta memberi
pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil
pendekatan menutup aurat melahirkan rasa sedih dengan sesetengah pihak
yang (kononnya) sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang
tidak bertudung.
“Jangan buat macam itu! Setiap manusia
ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang
diberi,” katanya.
Baca seterusnya di SINI
Kepada rakan-rakan dari bangsa tionhua, Angin ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai.
No comments:
Post a Comment