Sunday 10 February 2013

MAAHAD TAHFIZ TANP CF - PEMIMPIN PAS BERGELUMANG DENGAN TAHIK???

Salam buat semua....


Adakah PAS mahu salahkan UMNO apabila asrama Maahad Darul Quran (MDQ) di Rusila, Marang hangus terbakar? Hampir 90 pelajar lelaki sekolah yang diasaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu tinggal sehelai sepinggang, Selasa lalu.


Selain arang dan abu, masih kelihatan sebatang tiang hangus yang berbentuk salib di tengah-tengah bangunan berkenaan. Adakah ia satu kebetulan atau pentunjuk kepada pemimpin politik yang sedang menjual kalimah Allah kepada Kristian?


Ada benarnya jika PAS mahu menuduh UMNO sebagai punca kejadian kerana kegagalan Kerajaan UMNO memberi Sijil Layak Menduduki (CF) atau Sijil Perakuan Bomba (FC) sejak dibina 28 tahun yang lalu. Paling tidak, PAS boleh salahkan Majlis Daerah Marang yang membiarkan bangunan itu beroperasi tanpa pemeriksaan dan kelulusan.

Perkara ini bukan soal mahu mengutip derma bagi membina asrama baru semata-mata, tetapi ia melibatkan nyawa para pelajar untuk jangka masa panjang.

Belum lagi disentuh soal keselesaan pelajar walaupun ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan arkitek stadium runtuh, Dato’ Raja Kamarul Bahrin sepanjang masa melalak isu ‘keselesaan’ penduduk di perumahan Ladang Gemilang.

Begitu juga dengan ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada Ogos 2010 menuduh kilang Top IT Industries Sdn. Bhd. yang mengeluarkan e-Book di Gong Badak bakal runtuh kerana tiada CF.

Suara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut turut lantang kononnya bangunan yang dibina Kerajaan BN tidak selamat dan tiada CF seperti Bazar Warisan, Kompleks Akuatik di Batu Burok serta Pasar Chabang Tiga.
Sejak tahun 2008, pemimpin PAS di Terengganu seolah-olah tiada modal lain untuk berceramah! PAS mahu menjadi juara CF, seterusnya dikaitkan dengan rasuah dan zalim!

Tidak hairanlah ADUN PAS Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah boleh berlagak seperti arkitek atau pegawai Bomba.

Manakala, ADUN Pas Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak dilihat kemaruk untuk menjadi jurutera dan aktivis alam sekitar dalam isu pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir.

Di mana ‘Juara-Juara CF’ dalam isu pembinaan MDQ di DUN Rhu Rendang itu? Berkokok bukan main, punggung bergelumang najis pun tidak sedar. Rakyat yang dapat busuknya!

Presiden PAS bukan sahaja melihat faktor keselamatan nyawa pelajar di MQD sahaja, malah semua sekolah kelolaan PAS di Terengganu.

Wakil Rakyat PAS seperti Syed Azman, Dato’ Tengku Hassan, Wahid Endut atau Dr. Alias boleh dirujuk kerana mereka memiliki ‘kepakaran luar biasa’ dalam soal pembinaan bangunan. Sebab itu Terengganu dimomokkan sebagai ‘Darul Runtuh’ oleh parti mereka.

Bukan sahaja di MQD malah bangunan di institusi lain kelolaan PAS turut diperiksa oleh pihak Bomba. Antaranya sekolah kelolaan ADUN PAS Manir, Dato’ Harun Taib di Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

 
 
 
 
 Begitu juga dengan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka, Dungun yang dimiliki Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat. Bangunan sekolah tersebut bukan sahaja tiada CF, malah dibina di atas tanah milik kerajaan secara tidak sah!
Terimakasih rakan blogger : FM



No comments:

Post a Comment