Wednesday 6 February 2013

AMALAN KRONISME PAS LEBIH DASYHAT???

 Salam buat semua....


Rumah milik Taukey ANZ

Ceramah pemimpin Pas, jarang sekali jika tidak sebut perkataan ‘kroni’. Sebab itu penyokong Pas betaraf ‘nenek’ di ceruk-ceruk kampung sekalipun begitu fasih dengan istilah ‘kroni’ yang sudah tentu dikaitkan dengan pemimpin UMNO atau BN.
Peribahasa ‘Paku Dulang Paku Serpih’ cukup sesuai dengan Kerajaan Pas. Dulu mengata UMNO, giliran Pas suruh rakyat tutup mata!

Zaman pemerintahan Pas, syarikat Pembinaan ANZ Sdn. Bhd. milik Bendahari Pas Kawasan Kuala Terengganu, Zainuddin Abu Bakar bolot tujuh projek Kerajaan Negeri dan Syarikat Kerajaan dengan nilai kontrak lebih RM175 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pusat Niaga Paka, Dungun – RM15.3 juta
Projek Perumahan Balai Besar, Dungun – RM28.7 juta
Projek Penswastaan Perumahan Bukit Bayas, Kuala Terengganu – RM97 juta
Projek Perumahan Tok Adis, Kuala Terengganu – RM34.9 juta

Sebahagian projek itu adalah di bawah syarikat Kerajaan Negeri iaitu EPIC dan GPQ yang dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Muttalib Embong yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu.

fb: Fauzi Mohd

ANGIN: Uuuuuurm... patut ler rumah tokey ANZ sampat 3 tingkat, kalau astro tu sampai 3 atau 4. Pintu pagar memang selalu tertutup rapat. Tingginya pagar sampai tak boleh tengok apa yang ada kat dalam... Maklum besan Nik Aziz. Agak-agak ko orang lah berapa persen yang didapati oleh pemberi-pemberi projek kepada ANZ????

No comments:

Post a Comment