Monday 18 February 2013

RAJA BAHRIN BUAT HAL LAGI????

Salam buat semua...

Pagi ini Angin nak cerita lagi tentang Raja Bahrin. Buruk atau baik cerita ini biarlah rakan pembaca menilainya.

Raja Bahrin, sekali lagi dikatakan bercakap untuk memburukkan kerajaan Terengganu bila beliau mengatakan kerajaan negeri dibawah pemerintahan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said mahu meruntuhkan Payar Payang dan menghalau peniaga yang berada di sana.

Beliau berkata demikian ketia berceramah di PGU Banggol Peradong baru-baru ini.



Sekali lagi, Raja Bahrin menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional. Mungkin beliau terpaksa berbuat demikian untuk menarik hati pengundi. Maklumlah beliau juga mahu menjadi YB suatu hari nanti.

Hakikatnya Kerajaan Negeri akan menempatkan  peniaga-peniaga di Pasar Payang di Pulau Warisan . Langkah ini diambil sementara kerja-kerja menaik taraf Pasar Payang menjadi 4 tingkat dengan wajah baru dan  berhawa dinginIni akan membuatkan pengunjung menjadi lebih selesa dan boleh menarik lebih ramai pengunjung.

Namun perkataan "HALAU" yang digunakan oleh Raja Bahrin seharusnya dituju kepada mereka-mereka yang tidak menghormati institusi Raja seperti lelaki cina yang menunjukkan isyarat lucah kepada kereta Permaisuri Agong sperti yang berlaku minggu lalu.

Bukankah Raja Bahrin juga mempunyai darah keturunan raja yang sama-sama perlu mempertahankan institusi ini? Takkan Raja Bahrin mahu mengikut telunjuk mereka-mereka yang kurang ajar?

 Baca seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment