Monday, 4 March 2013

PANAS!!! NIK AZIZ : UMNO MACAM KOMUNIS

Sudah tak ada modalkah dalam kepala otak Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk menyerang UMNO? Sudah tak ada isu sangatkah sampai Nik Aziz terlalu terdesak menyamakan UMNO dengan komunis?

Nampaknya Husam Musa tidak menasihati atau menyediakan idea pada Nik Aziz dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Haram baru-baru ini tiba-tiba menuduh UMNO sebagai komunis.

Dia mendakwa kononnya UMNO tidak dapat mengamalkan syiar Islam secara menyeluruh kerana kekangan masyarakat majmuk dan berbilang agama di negara ini. Katanya, UMNO tahu membina masjid, tapi tidak tahu menegakkan syiar Islam…



Dengan hujah yang dangkal dan bodoh itu Nik Aziz menghukum UMNO sebagai komunis? Nik Aziz tahu atau tidak apa maksud Komunis dan fahaman yang pernah mengganas serta menggugat kestabilan negara itu?

Kalau tak tahu, jangan tunjuk macam tahu. Itu “jahil” nama arabnya, nama melayunya “bodoh”! Harap Husam boleh buka buku dan sekolahkan Nik Aziz tentang pengertian Komunis dan fahamannya.

Saya ingin bertanya kepada “nabi” PAS  itu, sepanjang pemerintahannya selama lebih 22 tahun di Kelantan, apakah dia berjaya mengamalkan syiar dan hukum Islam secara menyeluruh?

Hukum hudud pun dia terpaksa draf sampai 2 – 3 kali. Sudahlah didraf berkali-kali, banyak pula kelemahan dan ketidak adilan di dalamnya. Bila dikembalikan dan diminta drafkan hudud yang sempurna, Nik Aziz langsung tak reti nak buat! Dia diam terus sampai 2008…

Pada tahun 2008, setelah bersekutu dengan kafir harbi dan ejen Yahudi, Nik Aziz memansuhkan terus hukum hudud. Malah Nizar yang menjadi MB di Perak mengugut akan melaporkan pada polis jika ada sesiapa yang mendakwa PAS mahu melaksanakan hukum hudud.

Paling menarik, perkara-perkara maksiat seperti pusat-pusat judi, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut dan pelacuran begitu berleluasa di negeri pimpinan “Tok Guru” itu. Malah negeri Kelantan menjadi “champion” tiga kali berturut-turut sebagai negeri terbanyak penghidap AIDS.

Jika Nik Aziz mendakwa dia perlukan masa untuk menegakkan syiar Islam di Kelantan selama 5 tahun memerintah, saya dapat terima lagi. Sepenggal, apalah sangat yang dia boleh tegakkan?

Tapi sudah lebih dari 22 tahun dia perintah, dia hanya berjaya bina 2 buah masjid dan mencemar nama jolokan “Serambi Mekah” dengan onar dan maksiat yang bukan kepalang! Syiar Islam apa ke jadahnya begitu?

UMNO hanya tahu bina masjid dan tak tahu tegakkan syiar Islam?

Sudah berapa ekor DAP yang sudah Nik Aziz Islamkan sejak bersekutu dengan parti “chauvinis ultra kiasu” itu? Sudah berapa ekor DAP yang berjaya dia khatankan?

Sudahlah PAS tidak tahu membina masjid, malah mereka mencemarkan rumah-rumah Allah yang dibina UMNO dengan fahaman politik jijik! PAS memperdagangkan Islam di rumah Allah dan mempolitikkan masjid!

Misalnya, ditempel di papan iklan di masjid mengenai program ceramah agama yang bertajuk “Fadhilat Ramadhan”. Tapi bila tiba saat ceramahnya, penceramah itu melencong dari berceramah tentang agama kepada ceramah politik!

Malah karung-karung diedarkan meminta sedekah sumbangan memperjuangkan politik keji PAS. Alangkah baiknya jika PAS berceramah tentang Islam dan mengedarkan tabung masjid untuk menampung aktiviti kebajikan ummah di kariah itu?

Bila Salleh Yaakob berlawak sinis mengenai buruk laku PAS di rumah-rumah Allah itu, puak-puak Pakatan Haram marah padanya. Orang tegur secara berhemah, nak marah-marah pula. Tak tahu malu betul!

Nik Aziz sebenarnya patut tahu bahawa dia kini sedang bersatu dengan “komunis moden”. “Komunis” jenis ini tidak mengangkat senjata, tapi mereka menumpukan gerakan di dalam dunia politik untuk merampas kuasa.

Patutnya Nik Aziz sedar tentang itu. Malah di dalam PAS sendiri pun ada penyokong dan peminat tegar komunis. Tanyalah Mat Sabu. Jika Mat Indra masih hidup, tidak mustahil Timbalan Presiden PAS itu akan cium tapak kaki ketua komunis itu, kan?
SUMBER : SINI

No comments:

Post a Comment