Friday 1 April 2011

JAHAT!!! TIPU DAYA PAS...SENGAJA CARI MASALAH UNTUK MELABELKAN KERAJAAN ZALIM

 Pada dua malam lepas iaitu 29 Mac 2011 di MTD Batu Buruk. PAS sekali lagi telah mengadakan ceramah mereka. Beberapa rakan telah bersama-sama mendengar nyanyian lagu sumbang PAS pada malam itu.

Apa yang ingin Angin katakan ialah betapa PAS sebenarnya berniat jahat dengan melakukan sesuatu konon atas perjuangan, kemudian apabila pihak polis bertindak kerana kebodohan mereka, mulalah mereka menyalak menyatakan kerajaan sebagai zalim.

Ketua pemuda PAS yang kaki pembohong (seperti artikel sebelum ini, mengaku tidak mengenali bapa saudara sendiri) iaitu ADUN Bukit Payong Mohd Nor bin Hamzah dalam ceramah beliau pada malam tersebut telah membangkitkan peristiwa 10 tahun yang lalu di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Antara lain beliau berkata" Umno perlu diganti kerana yang ada pada UMNO ialah "Zalim". Beliau juga menyebut antara lain kezaliman UMNO ialah tragedi di Jalan Sultan Mahmud apabila ada penyokong PAS yang terkena tembakan.

Wanita Hilang Jati Diri kerana PAS
Namun apa yang ingin Angin bawakan ialah PAS sengaja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undanng. Angin masih ingat ketika kejadian itu berlaku polis telah meminta mereka bersurai tetapi mereka berdegil. Mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah hero.


Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan  api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.

Inilah kejadian yang paling tidak dapat dilupakan.... Hilang Rasa Sayang pada negara...
Sebenarnya pada Angin, PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.


Pernah angin terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar  penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.

Antara yang pernah angin baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:



Angin pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.

Angin amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???

Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....

No comments:

Post a Comment