Monday 30 January 2012

PANAS!!! BLOGGERS TERKENAL MENYERANG TERENGGANU????

Aduh!! Paroks...parok sangat....Angin betul aku.....mana tidak hampir 50 orang bloggers dan facebookers terkenal dari seluruh Malaysia telah menyerang negeri Terengganu dua tiga hari lepas.

AAKJ MENYERANG TERENGGANU???

Mereka termasuk PAPAGOMO, RBF, FLYKICKS, APA (AKU PEDULI APA), CUCU TOK SELAMPIT, PAS BERUK, AZMY AWANG KELANA JAYA, JAS SALLEH  dan ramai lagi yang tak sempat Angin tulis di sini. Macam-macam "senjata" yang mereka bawa, ada yang bawak kamera, i-pad, blackberry, guan telephone cangkih untuk tweet dan lain-lain lagi.

Angin pun mencelah sama jugaklah....

Heheheee..... jangan le mengelabah, sebenarnya mereka dijemput khas ke Terengganu atas inisiatif DATO WAN HISHAM BIN WAN SALLEH dan  blogger DIN TURTLE untuk satu program yang begitu bermakna bagi Angin di Terengganu ini. Maklum ler, kita ini orang kecil, perlukan tunjuk ajar blogger-blogger terkenal seperti mereka.
PAPAGOMO JUGAK HADIR DALAM PROGRAM TERSEBUT

PROGRAM CETUSAN DATO WAN HISHAM WAN SALLEH
Apa yang menariknya  ketika di sini, kami dibawa menaiki cruise menyusuri sungai Terengganu (Sebenarnya Angin sendiri tak pernah naik cruise walaupun angin anak jati Kuala Terengganu) dan kami singgah di Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man. Di sana kami di sambut oleh YB Tuan Haji Razif Bin Abdul Rahman, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Penerangan tentang negeri Terenggani diperjelaskan oleh YB Razif.... Urmmmmmm...... HEBAT NEGERI DARUL IMAN ini sebenarnya. Rakyatnya dah celik mata dengan kebajikan yang telah diberikan oleh KERAJAAN MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ini.

Sebelah malamnya pula kami dipertemukan dengan YAB DATO SERI HAJI AHMAD BIN SAID dan dihidangkan dengan makan malam. Kemudian YAB MENTERI BESAR meluangkan masa hampir 3 jam untuk menjawap soalan-soalan dari bloggers. Bukan YAB MENTERI BESAR yang nak termuntah dengan soalan-soalan tapi angin tengok bloggers jemputan ini hampir kehabisan soalan yang nak ditanya.... huhuhuuhuhu...HEBATNYA MB aku ni, apa taknya, semua soalan dijawap dengan steady sahaja, siap dengan penjelasan yang panjang lebar lagi... Ada seorang peserta tu sempat berbisik dengan angin katanya "MB ini seorang insan yang cerdik lagi bijaksana, kami pulak yang kalah dengan jawapan yang diberikan) Huh!!! terangkat beb..bangga tul aku dengan MB aku ini. (KEMBANG SEGALANYA MASA TU BRO....)

MB TERENGGANU SEORANG YANG BIJAK




Keesokan harinya diadakan FORUM berkaitan peranan bloggers dalam menghadapi PRU13 dengan panelnya YBHG DATO WAN AHMAD FARID Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, RBF, AZMI AWANG KELANA JAYA dan ENCIK HAMBALI iaitu pegawai penyelidik kepada YAB MENTERI BESAR TERENGGANU. Banyak yang dikongsikan ketika forum berlangsung. Yang paling menyentuh hati apabila AZMY AWANG KELANA JAYA meminta kami, cybertroopers dari Terengganu bangun dan kemudian meminta kepimpinan negeri melihat kami, melihat dari sudut yang lebih mendalam, menjaga kebajikan kami yang berjuang gila-gila untuk menjaga nama baik negeri DARUL IMAN yang tercinta ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami......Terimakasih banyak-banyak Abg Azmy....

Tapi sepanjang forum itu, ada satu perkara yang paling angin tak dapat lupa apabila RBF yang pernah 'SEPI MENGENANGKAN NASIB"  berpesan kepada kami seupaya tidak mengharapkan apa-apa ganjaran tetapi tunjukan BUKTI bahawa kita benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Juga kata beliau : UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tapi PAS MENGGUNAKAN AGAMA, BANGSA DAN SANGGUP MENGGADAIKAN NEGARA DEMI POLITI PRIBADI MEREKA.

Angin merasakan apa yang dicetuskan oleh DATO WAN HISHAM WAN SALLEH ini adalah satu program yang amat memberi kesan kepada blogger kecil seperti kami. Kami memerlukan  sokongan dari bloggers ternama untuk memberi tunjuk ajar dan terus terang astinya untuk menaikkan ranking blog kami. 

Memang ada yang tak puas hati tapi.....lantaklah. Yang penting pengalaman dan tunjuk ajar itu lebih penting dari benda-benda remah yang tak masuk akal.

Apapun angin sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada DATO WAN HISHAM WAN SALLEH, YB TUAN HAJI RAZIF dan yang paling PENTING YAB DATO SERI MENTERI BESAR TERENGGANU yang begitu MESRA BLOGGER.

I luvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv Terengganu..

p/s: Dengar kata Terengganu adalah negeri pertama yang mesra blogger, negeri lain nak tengok saja ke?




2 comments: