Monday, 25 February 2013

PANAS BERAPI!!!! JANDA DEDAH SMS LENDIR PEMIMPIN PAKATAN HARAM



Ini adalah antara SMS yang didedahkan.....
 

 Sangat menakutkan...
 

Nak tahu lebih lanjut sila klik di SINI

VIDEO PANAS!!!! PAS KAFIR KEPADA ALLAH :ZULKIFLI NORDIN


Salam buat semua....



"PAS telah Kafir pada ALLAH."

Jelas sekali kenyataan bekas Peguambela Anwar Ibrahim Zulkifli Nordin ini bikin PAS panas punggung.  

Berang? Itu sudah pasti. Perasaan PAS sudah pasti lebih ekstrim jika dibandingkan tuduhan pimpinan mereka terhadap UMNO sejak sekian lama.

UMNO kafir dijadikan jihad gara2 menolak Perundangan Islam sebagai tunggak Pentadbiran Negara. 
Baca selanjutnya di SINI

Sunday, 24 February 2013

VIDEO!!! NO 4 PAKATAN RAKYAT

Salam buat semua...



Kali in giliran PR pulak yang kena. Dulu ko orang suka sangat bila sebut "noooo".. hah sekarang amacam??

Ko orang nak kata ini semua pembohongan ke?

Baru seri beb..... kita tunggu je pru sampai...tahulah mana yes mana no....

NIK AZIZ TERKEDU TAKBLEH JAWAP SOALAN : SIAPA SEBENARNYA LEMBU???

Salam buat semua...


Dah 2 3 hari dah cerita pasal penerima BR1M dianggap ayam dan lembu. Rakyat dah marah bukan main pada Nik Aziz. Kesian Nik Aziz. Dia dah tua.... biarlah apapun dia nak kata... janji Kerajaan Barisan Nasional dah buat yang terbaik untuk rakyatnya.

Orang dah tua  memang cepat terasa.... berkecil hati.... Nik Aziz ni agaknya berkecil hati sebab tak dapat menyampaikan bantuan BR1M kepada rakyat Kelantan. Sebab tu Nik Aziz kata, sepatutnya duit tu diberi juga kepada dia sepaya dia boleh sampaikan pada rakyatnya.

Jadi Angin rasa, patut kalau mana-mana tempat kat Kelantan tu bagi peluang kepada Nik Aziz untuk menyampaikan duit BR1M tu...

Hurmmmm... Nik Aziz konar, dia tak kata pada rakyat tapi dia kata BN yang jahat sebab bagi BR1M (kesian ....dah tua kan??)

Cuma satulah.... Angin nak tanya camner plak dengan gambar-gambar kat bawah ni?? Ni gambar Nik Aziz bagi duit pada rakyat kan?? Agak-agak koranglah, Nik Aziz mesti konar baring plak kan? 



Apa agaknya alasan semasa beri duit-duit ni pada rakyat dia??

Agaknya yang ni sedekah kot..... yang kerajaan bagi tu rasuah... gitu??

Lagi satu cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni plak. Agak-agak korang siapa ayam? siapa lembu? ko orang tak terfikir ke? Kerajaan Barisan Nasional bagi duit pada rakyat di katakan jahat. Agak-agak PAS minta duit dengan rakyat ni 2 kali jahat ke 4 kali jahat??







Ginilah korang fikir2lah sendiri ye??

BUBAR PARLIMEN 1APRIL??

Salam buat semua...



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi semalam.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

BACA SETERUSNYA DI SINI 

Saturday, 23 February 2013

SEX DAN PEMBANGKANG BAGAI ISI DENGAN KUKU??



Baso gilo doh weh!! Bukan niat nak ceroboh privasi sesiapa! Tapi kalau sampaikan di pejabat operasi boleh berskandal MAIN dengan darah daging sendiri, mana letaknya moral pemimpin Parti Keldaikan Rakyat?!!

WA cakap real ni der.. Kejadian ni berlaku semalam sekitar jam 2-3 pagi di mana pemimpin ni masih lagi kononnya khusyuk dan rajin bekerja tatkala semua pekerja lain di pejabat operasi Parti Keldaikan Rakyat telah pulang untuk beradu setelah saban hari lelah duduk saja di ofis.

Baca seterusnya diSini

BARISAN NASIONAL AKAN MENANG 2/3 KERUSI PARLIMEN



BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.   Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.  

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji  yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.   Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.  

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula,  BN menang 54 kerusi.   Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.  

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.   Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.  

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.  

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.   

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.   

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.  

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.   

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.  

Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.   

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.  Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan.   Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.  Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

PENARIK BECA MAHU BARISAN NASIONAL TERUS DITERENGGANU!!!


Salam buat semua...

Benar!! Penarik Beca sokong Kerajaan. Masa PAS memerintah dahulu sangat perit kata mereka. Benda satu pun tak buat....

Sejak Barisan Nasional memerintah semula, banyak pembangunan dan banyak kemudahan yang mereka terima. Beca mereka juga semakin cantik.




Semoga Barisan Nasional terus memerintah. Itu kata penarik beca!!


GILE!!!PENGACAU MENGAMUK, VAN TERBAKAR???


Salam buat semua.....


Semasa semua orang sedang sibuk di tapak program Janji Ditepati. Tiba-tiba Angin mendapat gambar-gambar sebuah van terbakar di hadapan Bangunan Tabung Haji Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu.

Angin bergegas ke sana kerana ada degnar cerita yang tak sedap di dengar. Khabar kata van itu milik UMNO.

Adeh!!! rupanya  van milik Kuala Terengganu Golf Resort. Menurut Encik Martin, Pengurus Resort, beliau dan pemandu sedang menuju ke syahbandar. 


"Sampai di sini, tiba-tiba ada bunyi kuat saya ingat tayar pecah. Kami berdua keluar untuk periksa. Ternyata ke empat-empat tayar okay saja. Tiba-tiba keluar asap dari bahagian depan van kami terus menjauhkan diri dan menalipon bomba".

Menurut Encik Martin lagi, berlaku satu letupan dari bahagian hadapan van dan bersama api yang marak. Bomba tiba lebih kurang sepuluh minit selepas itu dan mengambil masa 5 minit untuk memadamkan api.

Menurut Encik Martin lagi, van milik resort itu sebenarnya baru sahaja di ambil dari bengkel yang terletak di Gong Badak.

Angin : Fuh!!! Lega.. ingat angkara gagak hitam tadi.... jangan marah!!

MAK CIK PASAR PAYANG MENANGIS TERHARU PM BERHENTI DI GERAINYA

Salam baut semua....




Mak cik ni begitu terharu bila PM singgah digerainya... sehingga menitis air mata...

Dia kata: datuk comel orangnya....
PM: camner niaga?
Mak Cik : Alhamdulillah lening sejok BN ambik balik Terengganu rezeki bertambah...
PM: Kenapa masa PAS memerintah dulu camner?
Mak Cik: Dok rok cetong datuk...





JAM 10.30 Pagi...



CELAKO!! CELAKO!! CELAKO!! GAGAK HITAM NAK GANGGU PM???


Salam buat semua...

Jam 10.50 pagi..


Mana-mana program PAS tak pernah orang UMNO nak kacau, bila giliran kita buat program Kerajaan Negeri, ada saje orang gile yang nak kacau... hantu betul!!!!

Memang hampeh budok2 ni... konon nak nak tunjuk protes. cap ayam!!!







Nasib baik ada sekumpulan pemuda yang cover budok2 baju hitam ning. Agaknya pemimpin dia tak ajar camner nak hormat orang lain.


Dia orang ni tunggu kat simpang perjalanan PM ke Station Bas.. Lepas tu dia orang berlari mengejar PM tetapi dihalang oleh pemuda UMNO. Tapi pimpinan UMNO dah pesan jangan sampai berlaku perkara yang tak elok.

Dia orang ni asalnya nak berkumpul di stadium runtuh yang pemimpin dia buat drawing tu... tapi tak ramai punya pasal mereka datang ke pasar payang plak.

CELAKO!!! YB PAS TIPU DUIT PENEROKA FELDA!!!

Salam buat semua...



Semalam penduduk sebuah Felda Terengganu telah membuat laporan polis berkenaan seorang bekas YB PAS yang telah menipu wang mereka.

Bayangkan RM1,300.00 X 1.080 orang bermakna RM1.4 juta di baham oleh YB ini...

Jom kita baca cerita YB sahTIPU  di sini

WAHID ENDUT MATI HIDUP SEMULA??


Salam buat  semua...



Pesuruh Jaya PAS Terengganu YB Wahid Endut yang disangka telah mati hampir 4 tahun lalu, ditemui kembali malam tadi. Beliau dikatakan telah datang berceramah di Kg Wakaf Mempelam.

Wahid Endut yang telah menjadi YB di Wakaf Mempelam hampir 16 tahun dikatakan tidak pernah turun menemui rakyat sejak memenangi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu pada tahun 2009 sehingga beliau disangka telah mati.

Rumah besar milik beliau yang terletak di Kg Seberang Baruh dikatakan sentiasa tertutup seperti tidak berpenghuni. Semasa ada 2 kematian di Kampung Kubang Parit yang hanya 800 meter dari rumahnya, dia langsung tak datang menjengah

Tiba-tiba malam tadi dia keluar entah dari gua mana dan menabur janji lagi. Yang menariknya dia datang seolah-olah dia tidak pernah bersalah kepada rakyat Kuala Terengganu ataupun rakyat Wakaf Mempelam yang dimenangi lebih satu dekad yang lalu.

Angin rasa memang pemimpin PAS Terengganu yang sorang ni jenis yang tak tahu malu. Makan gaji buta sebagai YB DUN dan Ahli Parlimen. Satu benda tak buat untuk rakyat. Tersengih-sengih bersalam dengan penganut PAS yang masih bodoh di tipu oleh beliau.

Namun Angin yakin hanya tinggal 2 3 kerat lagi manusia yang tak ada otak yang akan pilih beliau dalam pru13 nanti. Buktinya sekarang Wakaf Mempelam sedang dilanda Gelombang Biru. Bendera biru dengan penuh semangat oleh penduduk-penduduk. 

Sebab itu Wahid Endut  dikatakan teringin sangat nak bertanding di DUN Bandar. Dia telah tahu orang Wakaf Mempelam dah tolak dia sebab di seorang YB tidur makan gaji buta. Dia yakin boleh menang di sana. Dia mengharapkan undi bukan melayu yang konon menyokong PAS.

Walau apapun, Angin yakin walau di letak dimana pun si tidur ni, dia akan kalah dan kalah teruk.Semoga dia sedar dia dah tak laku bukan saja oleh penyokong Barisan Nasional, malah penyokong PAS pun dah menyampah tengok dia. Buktinya seorang penyokong PAS tegar Wakaf Mempelam dilihat memasang bendera Barisan Nasional. 

Baca cerita lain tentang YB tidur di SINI