Monday 21 January 2013

GEMPAR : AYAH CHIK HILANG?????

Salam buat semua....


Semalam kecoh pasal Karpal yang nak rayu Haji Hadi supaya kaji semula keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang membuat keputusan berbeza dengan Haji Hadi. Hampir semua Blog menulis rencana tentang isu itu. Havoc satu Malaya dibuatnya.

Sebelah petang semalam Angin layari internet sebab nak baca apa jawapan Haji Hadi tentang isu tersebut tapi gagal.  Belum ada apa-apa kenyataan dari Haji Hadi. 

Pagi ini, Angin terus belayar mencari info, jumpalah beberapa blog yang menyatakan "HADI AKAN PERTAHAN MAJLIS SYURA ULAMA" tapi kenyataan itu bukan dari Haji Hadi sendiri sebaliknya dari Setiausaha Politiknya iaitu Dr.Ahmad Samsuri.

Beliau dipetik berkata Abdul Hadi akan mempertahankan Majlis Syura Ulama walaupun bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat. "Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu".

Timbul persoalan kenapa Haji Hadi sendiri tidak tampil membuat kenyataan rasmi? Apakah ada kekangan-kekangan tertentu sehingga menyebabkan Hadi terpaksa mendiamkan diri?

Pada Angin ramai penyokong PAS nak dengar apa yang nak dicakapkan oleh Haji Hadi. Mereka mahu Haji hadi respon tentang rayuan Karpal. Walaupun DAP nampaknya seperti mahu melaga-laga Hadi dengan Nik Aziz, namun pastinya pendirian sebenar dari mulut Haji Hadi yang ditunggu-tunggu,

Bukankah Haji Hadi seorang yang suka membuat Amanat, amanat Haji Hadi biasanya akan menjadi fenomena dan ikutan ribuan pengikutnya. Sama macam Amanat tahun 1981. Amanat yang menyebabkan perbalahan, permusuhan, penderhakaan dan lain-lain seperti dalam buku Murtadkan aku??. Jadi sekarang waktunya untuk Hadi keluar dan bagi kenyataan tentang pendirian barunya pula.

3 comments:

  1. Rasa-rasanya Haji Hadi tak akan muncul selagi tak selesai PRU13. Tak berani beri kenyataan kerana dah bertambah beban selepas bebanan Amanat Haji Hadi yang dahulu belum selesai lagi.

    ReplyDelete
  2. PAHAM2 LA SAPA SURUH CARIK PENYAKIT DGN BERKAWAN DGN MUSUH2 ISLAM YANG JELAS MENENTANG. ADA KAUM SE AGAMA KAU LAYAN MCM SAMPAH WPUN SEBENARNYA PAS DAN KO LAH SAMPAH MASYARKAT DAN ANCAMAN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI. BRP RAMAI YANG TELAH MERUNTUHKAN IKHWANUL MUSLIMIN SELEPAS AMANAT GILE DAN HARAM TU KAU KELUARKAN ??? PANDAI2 LA KAU NAK BUAT MCM MANA HJ HADI... KAU INGAT SI TUA GILE NIK AZIZ TU NAK TOLONG KAU??? KIRIM SALAM SIKIT.... DLM HATI DIA CKP "CELAKO, CELAKO MU HADI" ADA LAA SEBAB PAS SKRG MAKIN LAMA MAKIN JAHANAMMMMM...........

    ReplyDelete
  3. ...nak berkawan dgn SETAN konon...ambekaw...celaka celaka celako...

    ReplyDelete