Salam buat semua...
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap
Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan
pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih
kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri
besar.
Jefrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Menurut FMT,
Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di
Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti
mereka.
“Saya tahu di mana mereka mengadakan mesyuarat rahsia untuk mengenal
pasti dan memilih calon-calon untuk bertanding di Selangor dan Perak,”
katanya pada sidang akhbar di mana beliau telah diiringi oleh Ahli
Parlimen bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pendedahan terbaru itu sebagai menyokong kenyataan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang
mendedahkan parti didominasi kaum Cina itu sedang memikat anakanda Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz
bertanding dalam pilihanraya mewakili parti mereka.
Jafrei turut mendakwa terdapat tangan tersembunyi di portal
Malaysiakini dan media lain pro Pakatan untuk melemahkan kredibiliti
pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO, dalam usaha untuk menggagalkan perpaduan
kepimpinan Melayu.
BACA SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment