PULAU PINANG 11 Feb . - Penyanyi Shila Amzah yang membuat persembahan
di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan
Nasional (BN) negeri cuba dihalang bapanya, N.D. Lala daripada memberi
kenyataan kepada media berhubung kontroversi yang sedang melanda.
Ketika selesai membuat persembahan, Shila, 23, yang dihampiri
wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun beliau yang
dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan sepanjang majlis
tidak dibenarkan bapanya untuk berbuat demikian.
"Kamu hendak tanya apa? Macam inilah... saya akan mengadakan sidang
akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan. Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata bapanya.
Shila yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi.
Terdahulu, Shila muncul di pentas pada kira-kira pukul 11.15 pagi
dan mendapat tepukan gemuruh apabila menghiburkan kira-kira 80,000
penonton dengan empat buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Forever Love.
Shila juga mengucapkan terima kasih kepada para penonton dan BN
negeri yang menjemputnya membuat persembahan pada majlis yang disifatkan
istimewa kerana turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
No comments:
Post a Comment