Salam buat semua...
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan
Maritim Langkawi (LIMA) 2013.
LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.
Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media
selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di
Langkawi semalam.
Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.
Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas
selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun
lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri
Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum
LIMA," kata Aziz lagi.
Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan
ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen
dibubarkan sebelum LIMA 2013.
Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan
asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.
BACA SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment