Cuti sekolah yang panjang ini akan
dihabiskan dengan melayari internet khususnya. Menurut kajian terkini,
para pelajar yang menggunakan cuti mereka bagi bermain Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dikhuatiri akan terjejas mereka di masa hadapan.
Risiko penjejasan mental dan kemurungan
ini berlaku kerana kurang pergaulan sosial yang sangat penting dalam
pembentukan minda, kerana, apabila tiba masa untuk hidup berdikari
didunia luar, golongan ini bakal berdepan dengan masalah
menyerap tekanan ketika bekerja kesan daripada kelemahan mereka untuk
menguasai keadaan sekeliling, iaitu copy skills.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah,
berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak
mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah,
supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.
Kemahiran murid
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills
adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya
dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam
situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko
mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya
ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal
Hospital Sentosa, di sini, semalam.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir
340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan,
manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. Tahap kemurungan
didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16
hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65
tahun ke atas.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr
Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan
mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan
semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan
individu tertentu saja,” katanya.
INFO: Risiko kemurungan
- Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
- Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.
SUMBER : SINI
No comments:
Post a Comment