Salam buat semua....
Anwar Ibrahim yang berang dengan kedegilan dan kedunguan Ketua Pengarang
Suara Pakatan Rakyat (SPR) yang sering tidak mendengar kata, mengambil
keputusan untuk memecatnya serta merta.
Menurut sumber dalaman yang diberitakan kepada penulis, Ketua Pengarang
tersebut yang dikenali sebagai 'R' mula berkhidmat dengan SPR sejak blog
berkenaan mula beroperasi. Dari sebuah blog yang langsung tiada dalam
kedudukan 'ranking', dengan hasil didik Anwar yang tanpa jemu memberikan
tajuk-tajuk sensasi yang mana mampu menggugat kedudukan kerajaan yang
ada sekarang, blog berkenaan pernah mencapai di'ranking' yang baik. Satu
pencapaian yang amat membanggakan Anwar.
R juga mengakui bahawa dia sering bertemu dengan Anwar secara sulit,
paling tidak pun berhubung melalui telefon tentang isu apa yang sesuai
untuk menghentam kerajaan. Sebenarnya blog SPR adalah hasil idea rahsia
antara Anwar dan R berdua. Tiada sesiapa pun yang tahu walaupun Wan
Azizah sendiri. Sebab itulah Wan Azizah pernah menafikan bahawa SPR
bukan blog kendalian PKR tatkala timbul isu yang mampu menjejaskan
partinya. Anwar sengaja berlakon membiarkan isterinya membuat penafian
demi penafian tentang SPR, walhal beliau hanya tersenyum melihat
isterinya diperbodohkan oleh rancanganya bersama R selama ini.
Menurut R, bayaran yang diterima daripada parti itu cukup lumayan dan
menjadikannya bermotivasi tinggi untuk menulis lebih banyak artikel. R
juga turut dihadiahkan sebuah kereta pada hujung tahun lepas hasil kerja
kerasnya menaikkan nama SPR di persada media maya tanah air.
Baca selanjutnya di SINI
ANGIN : Urmmm.... apa masalahnya erk??? Agaknya peruntukan tambahan tidak diberi atau "R" bukan anak ikan Anwar lagi???
No comments:
Post a Comment