ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meneruskan
tugas ‘rasminya’ sebagai pembohong bersiri dengan membuat fitnah yang
dikitar semula mengenai Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman.
Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat dilihat
tidak mahu mengambil peduli soal dosa menabur fitnah, asalkan penyokong
totok parti itu disajikan pelbagai versi berita dan dakwaan liar secara
berterusan sehingga PRU ke-13.
Itulah amalan parti PAS!
Permainan jahat Syed Azman dan pemimpin PAS yang lain dilihat begitu
terdesak sehingga usaha kerajaan membina zoo pun dijadikan modal politik
untuk meraih undi.
Apa sudah jadi dengan Syed Azman? Sampai bila pemimpin PAS itu mahu
keras kepala dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Terengganu dan UMNO?
Kenapa Syed Azman dan PAS menjadi terlalu jahat? Adakah kerana mereka takut kalah pada PRU ke-13?
Fitnah itu diulang-ulang sejak tahun lalu sehingga hari ini dalam ceramah-ceramah PAS.
Tahun lalu, dakwaan PAS yang terkandung dalam risalah “Zoo Bukit
Takal”, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang bertanggungjawab dalam
membangun dan menguruskan zoo itu menafikan sekeras-kerasnya.
Menurut Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid, dalam risalah yang
diedarkan kepada orang ramai itu terkandung senarai perbelanjaan yang
dikeluarkan untuk membeli haiwan bagi ditempatkan di zoo berkenaan.
Mustafar berkata, kandungan itu adalah tidak tepat, mengelirukan dan
merupakan satu fitnah yang menjejaskan reputasi MPK sebagai pihak
berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Zoo Bukit Takal.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat MPK jam 4.25 petang
di Balai Polis Chukai, 12 September 2012 setelah mengamati kandungan
fakta dalam risalah itu tidak benar yang mana risalah itu dibawa balik
kakitangan kepejabat MPK pada 7 September.
BACA SETERUSNYA DI : SINI
No comments:
Post a Comment